Allergie: Jagung
Wat Tan Hor
Bahan-bahan
Arahan
Di dalam mangkuk, masukkan kueh teow dan gaul rata bersama kicap cair, kicap pekat dan minyak bijan.
Didalam kuali, panaskan 3 sudu besar minyak masak menggunakan api sederhana, tuangkan telur dan kacau dengan cepat sehingga masak sepenuhnya, kemudian masukkan kuey teow yang telah bersalut. Goreng selama 1-2 minit atas api yang tinggi kemudian pindahkan ke dalam pinggan yang dalam.
Di dalam kuali yang sama, panaskan 2 sudu besar minyak masak, masukkan bawang putih dan halia. Tumis sehingga naik bau.
Tambahkan kek ikan, udang, ayam, sawi dan air, didihkan.
Perasa dengan AJI-NO-MOTO® dan garam. Gaul rata.
Pekatkan kuah dengan campuran tepung jagung dan tuangkan telur, kemudian matikan api. Biarkan telur berada dalam kuah yang pekat selama 10-15 saat sebelum dikacau.
Tuangkan kuah ke atas kueh teow didalam pinggan tadi.
Sedia untuk dihidang.
Ulasan