Allergie: Jagung
Ayam Gulung Rumpai Laut
Bahan-bahan
Arahan
Di dalam mangkuk, campurkan tepung jagung dan air sehingga menjadi gam tepung. Ketepikan.
Dalam mesin pemproses makanan, masukkan isi dada ayam, bawang putih, tepung gandum dan putih telur. Kisar sehingga halus.
Pindahkan ke dalam mangkuk. Tambahkan lobak merah dan daun bawang. Gaul rata.
Perasa dengan AJI-NO-MOTO® dan garam. Gaul rata.
Masukkan ke dalam beg paip, kemudian simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.
Letakkan kepingan rumput laut di atas papan pemotong. Paipkan campuran tersebut diatas kepingan rumput laut dalam bentuk silinder. Kemudian gulung dan lekatkan dengan gam tepung.
Setelah selesai, gunakan gunting untuk memotong gulungan rumput laut menjadi bentuk silinder kecil berukuran 6 cm.
Gaulkan semua bahan (A) sehingga menjadi campuran salutan tepung.
Salut gulungan rumpai laut dengan campuran salutan tepung, kemudian goreng sehingga keemasan.
Sedia untuk dihidang.
Ulasan