Blok Susu Garing

30m

Bahan-bahan

Bahan-bahan A:

Arahan

1

Gabungkan susu penuh krim dan tepung jagung. Gaul sebati dan ketepikan.

2

Masukkan bahan-bahan (A) ke dalam periuk dan letak di atas api sederhana, kacau sehingga gula larut.

3

Kecilkan api, masukkan bancuhan susu penuh krim bersama tepung jagung dan kacau perlahan-lahan. Teruskan mengacau sehingga memekat menjadi pes halus.

4

Tuangkan pes susu ke dalam acuan, biarkan sejuk pada suhu bilik dan sejukkan selama 2 jam di dalam peti sejuk untuk memejal menjadi blok susu.

5

Selepas itu potong blok susu kepada 2½ inci segi empat tepat.

6

Salut blok susu dengan SERI-AJI® Tepung Goreng Pisang, diikuti dengan telur yang telah dipukul kemudian serbuk roti.

7

Panaskan minyak masak kepada 80°C, goreng blok susu sehingga keemasan dan garing. Sedia untuk dihidangkan.

Ulasan

Tiada komen dijumpai.