Allergie: Jagung
Ayam Lemon Berkrim dengan Set Pasta Tumis
Bahan-bahan
Arahan
Kaedah untuk Ayam Lemon Berkrim
Untuk ayam, campurkan tepung, oregano kering dan garam di atas pinggan besar. Masukkan ayam ke dalamnya sehingga bersalut. Ketuk sebarang tepung yang berlebihan.
Panaskan minyak zaitun dalam kuali tidak melekat, goreng jalur ayam sehingga keemasan dan garing, kira-kira 2-4 minit pada setiap sisi. Ketepikan.
Untuk sos, panaskan minyak masak dalam kuali non-stick yang sama dan tumis bawang putih hingga perang.
Untuk sos, panaskan minyak masak dalam kuali non-stick yang sama dan tumis bawang putih hingga perang.
Masukkan ayam goreng ke dalam sos dan kacau rata.
Kaedah untuk Pasta Tumis
Panaskan minyak, tumis bawang putih dan cili flakes.
Masukkan spageti dan tomato ceri, gaul rata.
Perasakan dengan AJI-SHIO® dan SERI AJI®.
Taburkan pasli dan sedia untuk dihidangkan.
Kaedah untuk Sayur Tumis
Rebus semua sayuran dalam air mendidih sehingga lembut. Toskan dan ketepikan.
Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga kekuningan.
Masukkan sayur rebus tadi, kacau rata.
Perasakan dengan AJI-NO-MOTO® dan garam. Sedia untuk dihidangkan.
Kaedah untuk Sup Lobak Merah dan Labu
Letakkan labu, lobak merah, daun bawang, air, TUMIX®, AJI-SHIO® dan thyme dalam periuk, biarkan mendidih. Kecilkan api dan reneh selama 5-8 minit.
Pindahkan sup ke dalam pengisar atau pemproses makanan, kisar sehingga rata.
Kembalikan sup ke dalam periuk, kacau dengan santan. Sedia untuk dihidangkan.
Ulasan