Health & Fitness
Terkini

Rahsia Di Sebalik Kelazatan Hidangan Jepun

Apabila menyebut tentang makanan Jepun, mungkin anda akan terus terbayang hirisan sashimi yang segar dan halus. Namun, makanan Jepun bukanlah sekadar hidangan ikan mentah! Masakan Jepun menawarkan pelbagai perisa yang kaya seperti semangkuk ramen yang panas, okonomiyaki yang mendesis, kari katsu rangup yang menyelerakan dan yakitori yang hangat; cukup untuk memuaskan setiap selera.

Apakah rahsia di sebalik keajaiban hidangan lazat ini? Jawapannya adalah sejenis perasa yang mempunyai reputasi besar: AJI-NO-MOTO®. Bahan ini telah menjadi ramuan rahsia di dapur Jepun selama lebih daripada satu abad. Ia menyerlahkan rasa umami, deria rasa kelima yang memastikan setiap gigitan tidak dapat dilupakan.

AJI-NO-MOTO®: Rahsia Bagi Kelazatan

Pada tahun 1908, seorang saintis Jepun bernama Dr. Kikunae Ikeda menemui sesuatu yang menakjubkan iaitu umami, “deria rasa kelima” yang menjadikan makanan sangat lazat. Dr. Kikunae Ikeda ingin berkongsi keajaiban rasa ini lalu mencipta AJI-NO-MOTO®, perasa yang sering dirujuk sebagai “intipati kelazatan.” Ia menambahkan rasa yang memuaskan kepada makanan dan membuatkan anda rasa inginkan lagi.



Kini, AJI-NO-MOTO® bukanlah sekadar bahan kegemaran dalam dapur di Jepun, malah ia digunakan di seluruh Asia! Ia menambahkan rasa yang kaya dan seimbang pada hidangan, tidak kira sama ada mi, sup atau nasi; ia menghasilkan setiap suapan yang lazat.

Rasai Rasa Jepun bersama AJI-NO-MOTO®

Secara am, masakan Jepun biasanya adalah ringkas dan mengetengahkan rasa semula jadi bahan-bahan. Perasa seperti AJI-NO-MOTO® digunakan untuk meningkatkan rasa secara semula jadi, lalu menghasilkan hidangan yang halus dan lazat. Keseimbangan inilah yang menjadikan masakan Jepun begitu istimewa.

AJI-NO-MOTO® dapat menambahkan rasa umami yang lazat kepada hidangan, tidak kira sama ada semangkuk sup miso atau seekor ikan panggang, ia pastinya menjadikan makanan harian kepada karya kulinari yang tidak dapat dilupakan.

Revolusi Perasa AJI-NO-MOTO®: Dari Pandangan Malaysia

Walaupun AJI-NO-MOTO® berakar umbi dalam budaya Jepun, pengaruhnya telah disebar jauh dan luas ke seluruh dunia. Di Malaysia, AJI-NO-MOTO® menambahkan kekayaan dan kelazatan pada pelbagai hidangan yang digemari rakyat negara ini.

Bayangkan rasa sambal dan laksa yang sangat lazat dan kaya rasanya. Beginilah AJI-NO-MOTO® menandakan tugasnya dalam hidangan Malaysia. Bahan perasa yang serbaguna ini membuktikan bahawa tiada sempadan bagi rasa umami, dengan merapatkan tradisi masakan Jepun dan Malaysia.

Bawa Jepun ke Dapur Anda: Cuba Resipi Mudah Ini! 

Sedia untuk menerokai rasa lazat Jepun di rumah? Hasilkan hidangan berinspirasikan Jepun secara mudah dan seronok bersama AJI-NO-MOTO®. Berikut adalah beberapa resipi mudah untuk anda cuba:

  • Sushi Nasi Lemak: Resipi ini adalah gabungan rasa antara nasi yang harum dan berlemak bersama rasa masin rumpai laut serta sambal yang pedas. Ia adalah interpretasi Malaysia terhadap sushi, menjadikannya hidangan yang istimewa dan tidak dapat dilupakan untuk citarasa anda.

  • Ayam Gulung Rumpai Laut: Ayam yang lembut dibalut dengan rumpai laut yang rangup lalu menghasilkan keseimbangan tekstur dan rasa yang sempurna. Kelazatannya ditingkatkan dengan AJI-NO-MOTO® yang pasti membuat setiap gigitan pengalaman umami yang menarik. Hidangan ini mudah dibuat dan sesuai untuk dijadikan sebagai kudapan, makan tengah hari atau hidangan sambutan.

  • Set Shogayaki Ikan Dory: Hidangan ringan dan berperisa ini menampilkan ikan dory yang lembut dimasak dengan sos halia yang harum. Gabungan rasa halia dan kekayaan umami menjadikannya sesuai untuk sebarang hidangan, sama ada anda ingin menghidangkannya sebagai makan malam atau hidangan bagi perhimpunan istimewa.

Setiap resipi ini membuktikan mudah sahaja untuk anda membawa keajaiban umami dan masakan berinspirasikan Jepun ke dapur anda!

Terokai Dunia Umami di Smart Umami Wheels!


Ya betul, kini Smart Umami Wheels telah kembali dalam keadaan yang lebih baik daripada sebelumnya! Kali ini, kami sertakan resipi baharu, barangan eksklusif, permainan interaktif dan banyak lagi. Tidak kira sama ada anda seorang penggemar makanan, atau seorang penggemar pemakanan yang sihat; Smart Umami Wheels ini sesuai untuk dikunjungi ramai! 

Apa yang baharu untuk kali ini? Kami telah memilih resipi baharu untuk mempamerkan kepelbagaian umami dalam menghasilkan hidangan kurang sodium yang lazat dengan mudah. Selain itu, barangan eksklusif kami direka untuk meraikan cinta anda terhadap umami!

Bukan itu sahaja, kali ini kami akan memperluaskan perjalanan kami dengan melawat beberapa lokasi baharu untuk memastikan lebih ramai komuniti boleh menyertai keseronokan ini! Nantikan ‘update’ di media sosial kami untuk ketahui butiran tarikh acara, lokasi dan sorotan istimewa kami. Percayalah, anda tidak mahu terlepas pengembaraan ini. Mari meneroka, merasai dan meraikan umami bersama-sama—jumpa anda di sana!

Tidak dapat nak hadir ke Smart Umami Wheels? Jangan risau! Kami juga teruja untuk berkongsi beberapa hadiah menarik untuk dinikmati oleh semua pencinta umami. Anda hanya perlu pergi ke FACEBOOK kami dan sertai Peraduan Think Smart Salt & Win! Cara penyertaannya adalah;

  1. Lengkapkan teka silang kata. 
  2. Komenkan jawapan anda dan tag 3 kawan. 
  3. Gunakan hashtag #KurangkanGaram #GunaUmami #SmartSalt #SayYesToUmami

Mudah sahaja! Jangan lepaskan peluang ini untuk menang besar, sertai di Ajinomoto MY Foodie di FACEBOOK!