Tose Dan Chutney Kelapa
Bahan-bahan
Arahan
Tose
Rendam beras dan halba dalam 4 cawan air dan biarkan semalaman pada suhu bilik.
Dalam mangkuk lain, rendam ulunthu dal dan beras putih dengan 3 cawan air dan biarkan semalaman pada suhu bilik.
Kisar dalam pengisar sehingga halus dan lembut, kemudian perasakan dengan garam dan gaul rata. Biarkan ia diperam semalaman.
Sapukan sedikit minyak bijan pada kuali leper yang telah dipanaskan. Tuang satu senduk adunan thosai dan ratakan secara bulat. Biarkan ia masak.
Sedia untuk dihidang bersama chutney kelapa.
Chutney Kelapa
Kisar kelapa parut segar, cili hijau, daun kari dan halia bersama air.
Panaskan minyak kelapa dalam kuali dengan api kecil, masukkan biji sawi, bawang kecil, daun kari dan cili kering, tumis hingga naik bau.
Masukkan bahan kisar (A) dan perasa dengan TUMIX® Perencah Pati Ayam. Gaul rata dan biarkan mereneh dengan api kecil selama 2-3 minit.
Sedia dihidang bersama Tose.
Ulasan