‘Bowl’ Ayam Teriyaki
Bahan-bahan
Sos Teriyaki
‘Bowl’ Nasi
Arahan
Bahan-bahan: Sos Teriyaki
Campurkan bawang putih, halia, kicap pekat, kicap cair, air, gula perang dan madu dalam periuk, kacau rata menggunakan pemukul dan panaskan atas api sederhana.
Tambahkan campuran tepung jagung ke dalam periuk dan kacau hingga sebati. Biarkan mendidih sehingga pekat mengikut ketebalan yang diingini.
Perasa dengan AJI-NO-MOTO® dan garam. Gaul rata.
Sedia untuk dihidang.
Bahan-bahan: ‘Bowl’ Nasi
Campurkan mayonis dan jus limau, kemudian ketepikan.
Perapkan paha ayam tanpa tulang dengan 4 sudu besar sos teriyaki. Biarkan selama 30 minit pada suhu bilik atau semalaman dalam peti sejuk.
Perasakan tempeh dengan 3 sudu besar sos teriyaki dan kacau rata.
Panaskan minyak dalam kuali anti-lekat, kemudian tumis paha ayam tanpa tulang hingga masak sepenuhnya, kemudian tambahkan ½ sudu besar mentega tanpa garam dan tumis sehingga sedikit keperangan. Angkat dan ketepikan. Potong kepada kiub.
Dalam kuali yang sama, tumis tempeh hingga masak sepenuhnya, kemudian tambahkan ½ sudu besar mentega tanpa garam dan tumis sehingga sedikit keperangan. Angkat dan ketepikan.
Rebus isi jagung, lobak merah dan kacang buncis secara berasingan dan ketepikan.
Sediakan mangkuk, tambahkan 110 g nasi putih kukus, hidangkan dengan ayam teriyaki, tempeh teriyaki, kacang buncis, isi jagung, lobak merah dan tomato ceri. Paip baki sos teriyaki dan paipkan mayonis. Ulang sehingga 5 mangkuk siap.
Sedia untuk dihidang.
Ulasan