Udang Berbalut Ubi Keladi

70m

Bahan-bahan

Bahan-bahan A

Arahan

1

Kupas kulit udang. Kekalkan ekornya. Kelar dengan pisau di sepanjang belakang udang untuk mengeluarkan vena pusat yang berwarna gelap. Basuh, tus dan ketepikan.

2

Letakkan ubi keladi dalam piring. Kukus hingga empuk.

3

Lenyekkan ubi keladi yang telah dikukus. Tambahkan bahan-bahan A. Adunkannya sehingga menjadi doh.

4

Bahagikan adunan doh kepada 16 bahagian (35g) setiap satu.

5

Ambil satu bahagian adunan doh dan ratakan. Letakkan kuning telur di atasnya diikuti dengan seekor udang. Balutkan udang dengan ekornya masih terdedah. Taburkan sedikit tepung ubi kayu dan ketepikan.

6

Ulangi langkah keempat sehingga doh, kuning telur dan udang habis digunakan.

7

Tuangkan minyak masak ke dalam kuali dan panaskan dengan suhu sederhana. Masukkan udang berbalut ubi keladi dan goreng sehingga perang keemasan.

8

Hiaskan dengan daun selada atau sayur segar.

Ulasan

Tiada komen dijumpai.