Set Daging Goreng Petai

Nutrition Value in 1 Serving





Set Meal
- Nasi 80 g Nasi putih
- Daging Goreng Petai Tomyam
- Cendawan Tumis bersama Daun Sup
- Sup Filamen Ketam
- Produk Tenusu & BuahJeli Kelapa
Bahan-bahan
Arahan
Daging Goreng Petai
Panaskan minyak masak, goreng daging lembu sehingga garing bersama bawang, halia dan bawang putih.
Tuangkan campuran SERI-AJI® ke dalam kuali, biarkan mendidih.
Masukkan kicap manis, kicap pekat, sos tiram, lada benggala dan petai. Kacau rata.
Dihidangkan panas bersama nasi wangi yang dikukus.
Cendawan Tumis bersama Daun Sup
Panaskan minyak masak, tumis bawang merah dan putih sehingga kekuningan.
Masukkan lobak merah, kacau sehingga separuh masak.
Masukkan air, cendawan tiram dan jerami, kacau goreng sehingga sedikit lembut.
Perasakan dengan TUMIX®.
Masukkan daun sup, kacau rata dan sedia untuk dihidangkan.
Sup Filamen Ketam
Masukkan bawang putih, halia, air, dan TUMIX® ke dalam periuk. Biarkan mendidih.
Masukkan filamen ketam dan masukkan perlahan-lahan telur sambil dikacau lembut.
Masukkan campuran tepung jagung dan kacau rata.
Perasakan dengan AJI-SHIO® dan taburkan daun bawang. Sedia untuk dihidangkan.
Jeli Kelapa
Larutkan serbuk agar-agar dengan 1 cawan air kelapa dan ketepikan.
Panaskan santan dalam periuk dengan api sederhana sehingga suam sedikit.
Masukkan bancuhan agar-agar, biarkan mendidih. Kacau selama 2-3 minit sehingga larut sepenuhnya.
Biarkan adunan sejuk seketika.
Susun isi kelapa ke dalam acuan.
Masukkan Pal Sweet® dan garam ke dalam adunan agar-agar dan tuangkan ke dalam acuan.
Biarkan ia sejuk di dalam peti ais sehingga set dan pejal.
Setelah set, potong agar-agar dan nikmati!
Petua: Lapisan: Anda boleh mencipta kesan berlapis dengan mengasingkan jeli kelapa kepada bahagian, dan melapiskannya untuk persembahan yang cantik.
Ulasan