Tauhu Berinti Kukus Bersama Kuah Kekapis Kering

45m

Bahan-bahan

Tauhu Berinti
Kuah

Arahan

Cara menyediakan 1
1

Goreng tauhu hingga perang keemasan. Biarkan ia sejuk dan potong bentuk segi empat tepat di tengah. Kikis bahagian dalam tauhu dan ketepikan kedua-dua blok tauhu dan bahagian dalam tauhu.

2

Campurkan kesemua bahan-bahan lain dan bahagian dalam tauhu hingga rata dan perasakan dengan AJI-NO-MOTO® dan garam.

3

Masukkan adunan ke dalam blok tauhu dan kukus selama 10-15 minit atau sehingga inti masak.

Cara menyediakan 2
1

Campurkan kicap cair, sos tiram dan air dalam mangkuk. Ketepikan.

2

Panaskan minyak masak dan tumis kekapis kering hingga keperangan dan naik bau.

3

Masukkan campuran kuah, gaul rata dan perasakan dengan AJI-NO-MOTO® dan garam.

4

Tutup api dan tuang bancuhan tepung jagung sambil dikacau. Hidupkan api dan renehkan sehingga sos sedikit pekat.

5

Tuangkan ke atas tauhu berinti kukus dan hidangkan panas.

Ulasan

Tiada komen dijumpai.