Pasta Ayam Piccata

40m

Bahan-bahan

Chicken Picatta
Pasta Lemon Mentega

Arahan

Ayam Picatta
1

Potong setiap dada ayam kepada 3 bahagian. Kemudian, letakkan di antara 2 keping pembalut makanan plastik dan tumbuk hingga ketebalan ½ cm atau 0.2 inci.

2

Lumurkan ayam dengan minyak zaitun dan ratakan.

3

Campurkan tepung serbaguna dan serbuk lada hitam dalam pinggan. Salutkan ayam dan tekan supaya melekat, kemudian goncang sisa tepung.

4

Panaskan minyak zaitun dalam kuali dengan api sederhana dan cairkan mentega.

5

Masukkan ayam ke dalam kuali. Goreng selama 3 hingga 4 minit atau garing, kemudian terbalikkan dan masak selama 1 minit.

6

Sedia untuk dihidang bersama pasta lemon mentega.

Pasta Lemon Mentega
1

Di dalam periuk, reneh air bersama TUMIX® Perencah Pati Ayam selama 3 minit.

2

Masukkan jus lemon segar dan renehkan selama 1 minit.

3

Kecilkan api, masukkan mentega dan kacau sehingga cair. Pastikan tidak berbuih supaya sos berkilat, jernih dan sedikit pekat.

4

Masukkan kaper dan pasta, gaul rata.

5

Sedia untuk dihidang bersama ayam picatta.

Ulasan

Tiada komen dijumpai.