Filet Salmon Goreng Bersama Pasta

30m

Bahan-bahan

Bahan-bahan A: pasta

Arahan

1

Perap salmon dengan AJI-SHIO® Lada Berperisa, jus lemon dan garam.

2

Panaskan minyak zaitun di dalam kuali anti lekat dan cairkan mentega.

3

Letakkan filet salmon di atas kuali, bahagian kulit menghadap ke bawah. Goreng sehingga keemasan dan garing, selama 4 minit.

4

Kemudian terbalikkan filet dan kecilkan api kepada sederhana. Teruskan menggoreng selama 4 hingga 5 minit sehingga bahagian daging berwarna keemasan dan garing.

5

Tutup api dan ketepikan.

6

Untuk menyediakan pasta, panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih.

7

Masukkan spageti dan tomato ceri, gaul sebati.

8

Perasakan dengan AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa.

9

Taburkan daun pasli dan sedia untuk dihidang bersama ikan salmon.

Ulasan

  1. Rasa:
    Memeth
    ★★★★★
    02/12/2023
    5/5

    Sangat sedap