Set Okonomiyaki (Penkek)
Bahan-bahan
Arahan
Okonomiyaki (Pancake) (for 3 pax)
Campurgaulkan semua bahan (A), masukkan kubis. Gaul rata.
Tuangkan adunan ke atas griddle panas atau kuali dan bentukkan menjadi penkek bulat.
Letakkan isi udang di atas penkek, ditutup dengan penutup atas api sederhana.
Masak sehingga perang keemasan, kemudian terbalikkan dan biar sebelah lagi masak.
Untuk sos, campurgaul semua bahan (C) sehingga sebati.
Sapukan sos di atas pancake, mayonis dan bahan topping yang lain.
Chawanmushi
Pukul ringan telur, elakkan terlalu banyak buih.
Masukkan air, kicap dan TUMIX®. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati, ketepikan.
Rebus atau masak sedikit udang dan ayam (pilihan).
Letakkan bahan-bahan inti di bahagian bawah cawan kecil atau mangkuk yang sesuai untuk mengukus (biasanya cawan teh atau chawan). Tuangkan campuran telur ke atas inti, penuhkan cawan hampir ke bahagian atas.
Letakkan cawan di dalam pengukus dan tutupnya dengan penutup atau plastik untuk mengelakkan air daripada menitis ke dalam kastard.
Kukus dengan api perlahan selama kira-kira 15-20 minit, atau sehingga kastard set/masak.
Tips: Untuk mengetahui kastard sudah masak, masukkan pencungkil gigi atau lidi di bahagian tengah. Jika tiada kastard melekat di lidi, ia sudah sedia dimakan.
Sup Miso
Masukkan air dan pes miso, gaulkan sehingga larut dan renehkan.
Perasakan dengan TUMIX® dan AJI-NO-MOTO®.
Masukkan wakame dan tauhu lembut, biarkan mereneh.
Hias dengan hirisan daun bawang.
Ulasan