Ikan direbus dengan lengkuas bukan halia dan bahan tumbuk sambal kelapa kena tambah sikit lada hitam. 😋
Nasi Kerabu
Bahan-bahan
Arahan
Nasi Kerabu
Rendamkan bunga telang di dalam air.
Masukkan beras ke dalam periuk nasi. Campurkan air bunga telang, Seri-Aji® Perencah Nasi Goreng Cina dan semua bahan nasi. Kacau rata dan tanak sehingga nasi masak sempurna.
Sedia dihidang bersama kuah, sambal kelapa dan sambal cili.
Kuah Sambal Tumis
Tumiskan bahan-bahan (A) sehingga pecah minyak.
Masukkan air asam jawa dan perasakan dengan garam dan gula.
Masukkan santan dan kacau sebati sehingga mendidih. Diketepikan.
Sambal Kelapa
Rebuskan ikan dengan asam keping dan juga halia. Asingkan isi ikan dan tumbuk sehingga lumat.
Tumbuk bawang merah, bawang putih dan serai sehingga lumat.
Sangai kelapa sehingga keperangan. Masukkan bahan yang ditumbuk dan isi ikan gaul sehingga kering. Perasakan dengan garam dan gula.
Sambal Cili
Kisar halus cili merah dan bawang putih.
Perasakan dengan cuka dan gula.
Ikan direbus dengan lengkuas bukan halia dan bahan tumbuk sambal kelapa kena tambah sikit lada hitam. 😋