Nasi Ayam Percik

60m

Bahan-bahan

Ayam Percik (Bahan-bahan A)
Bahan-bahan B: dikisar
Bahan Sampingan

Arahan

Nasi Ayam
1

Cairkan mentega, tumis bawang putih dan halia bersama kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga naik bau.

2

Masukkan beras dan daun pandan. Kacau sebati dan masukkan ke dalam periuk nasi elektrik.

3

Tuangkan air dan TUMIX® Perencah Pati Ayam dan kacau sekata. Biarkan ia masak.

4

Hidangkan bersama Ayam Percik dan bahan sampingan.

Ayam Percik
1

Gaulkan bahan kisar (B) bersama serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan santan pekat.

2

Perasa dengan TUMIX® Perencah Pati Ayam dan gula.

3

Kemudian masukkan ayam, perap selama 30 minit atau semalaman di dalam peti sejuk.

4

Masukkan ayam ke dalam kuali yang telah dipanaskan dan masak sehingga ayam separuh masak. Padamkan api.

5

Susunkan ayam di atas dulang pembakar dan renjis sedikit minyak masak.

6

Bakar di dalam ketuhar pada suhu 180℃ selama 20-25 minit atau bakar di atas pemanggang sehingga masak sepenuhnya.

7

Tip: Perap semalaman supaya bahan perapan menyerap lebih baik ke dalam daging ayam.

Ulasan

  1. Rasa:Tahap Kesukaran:
    Hannie
    ★★★★★
    07/09/2023
    5/5
    5/5

    1.Mudah nak masak 2. bahan senang dapat 3.simpel sesuai untuk hidang keluarga.