Nasi Ayam Madu
Bahan-bahan
Arahan
Nasi Ayam
Cairkan mentega, tumis bawang putih dan halia bersama kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga naik bau.
Masukkan beras dan daun pandan. Kacau sebati dan masukkan ke dalam periuk nasi elektrik.
Tuangkan air dan TUMIX® Perencah Pati Ayam dan kacau sekata. Biarkan ia masak.
Hidangkan bersama hirisan ayam madu, hirisan timun dan taburkan daun bawang.
Ayam Madu
Perapkan ayam bersama kesemua bahan-bahan dan TUMIX® Perencah Pati Ayam (kecuali madu), selama 30 minit.
Letakkan perapan ayam di atas dulang pembakar dan ketepikan.
Panaskan ketuhar atau penggoreng udara pada suhu 170˚C.
Panggang ayam selama 45 minit atau penggoreng udara selama 35-45 minit dan mungkin perlu memeriksa selepas 35 minit dan masak lagi sekiranya belum masak (bergantung pada prestasi penggoreng udara).
Keluarkan ayam dari ketuhar dan sapu madu di atas ayam. Panggang lagi selama 5 minit.
Sedia untuk dihidang bersama nasi ayam.
Ulasan