Tak pernah masak hidangan ni. Baru cuba,sedap.
Nasi Ayam Lada Hijau
Bahan-bahan
Arahan
Ayam Lada Hijau
Perap ayam bersama ½ sudu besar TUMIX® Perencah Pati Ayam dan serbuk kunyit selama 30 minit pada suhu bilik.
Goreng ayam didalam minyak yang panas sehingga masak sepenuhnya. Ketepikan.
Masukkan cili padi, cili hijau, tomato hijau, bawang merah dan bawang putih kedalam periuk dan rebus sehingga lembut. Angkat dan tos.
Kisar bahan yang direbus tadi menggunakan mesin pemproses makanan.
Panaskan minyak didalam kuali dan tumis bahan yang dikisar sehingga pecah minyak dan naik bau.
Perasa dengan TUMIX® Perencah Pati Ayam. Gaul rata dan tuang ke atas ayam goreng.
Sedia untuk dihidang bersama nasi ayam.
Nasi Ayam
Cairkan mentega, tumis bawang putih dan halia bersama kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga naik bau.
Masukkan beras dan daun pandan. Kacau sebati dan masukkan ke dalam periuk nasi elektrik.
Tuangkan air bersama TUMIX® Perencah Pati Ayam dan kacau sekata. Biarkan ia masak.
Sedia untuk dihidang bersama ayam lada hijau.
Tak pernah masak hidangan ni. Baru cuba,sedap.