Nasi Ayam Hainan

60m

Bahan-bahan

Nasi Ayam
Ayam Hainan
Sos Kicap
Sos Cili
Halia Goreng
Bahan Sampingan:

Arahan

Nasi Ayam
1

Cairkan mentega, tumis bawang putih dan halia bersama kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga naik bau.

2

Masukkan beras dan daun pandan. Kacau sebati dan masukkan ke dalam periuk nasi elektrik.

3

Tuangkan air dan TUMIX® Perencah Pati Ayam dan kacau sekata. Biarkan ia masak.

4

Hidangkan bersama hirisan ayam Hainan, hirisan timun dan taburkan daun bawang.

Ayam Hainan
1

Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk kecuali TUMIX® Perencah Pati Ayam dan minyak bijan. Biarkan mendidih.

2

Kemudian kecilkan api, masukkan TUMIX® Perencah Pati Ayam, biarkan ia terus masak selama 8 minit.

3

Tutup api, tutup penutup dan ketepikan selama 45 minit.

4

Cucuk ayam dengan ‘chopstick’, jika tiada darah yang keluar bermakna ayam telah masak sepenuhnya. Keluarkan ayam dan rendam dalam mangkuk berisi air sejuk selama 5 minit.

5

Pindahkan ke pinggan hidangan dan sapu minyak bijan.

6

Sedia dihidangkan bersama nasi ayam dan sos.

Sos Kicap
1

Tuangkan semua bahan sos ke dalam kuali dan biarkan mendidih.

Sos Cili
1

Kisar semua bahan sos menggunakan pengisar dan tuangkan ke dalam kuali, masak sehingga mendidih.

Halia Tumis-Goreng
1

Panaskan minyak dalam kuali dan tumis halia hingga naik bau dan keperangan.

Ulasan

  1. Rasa:Tahap Kesukaran:
    Mohd Shahudin …
    ★★★★★
    16/10/2023
    5/5
    5/5

    Sedap dan mudah