Nasi Ayam Claypot
40m
Bahan-bahan
Arahan
1
Goreng ikan masin, tumbuk hingga menjadi kepingan dan ketepikan.
2
Dalam mangkuk, campurkan ayam dengan bawang putih, halia, kicap cair dan ½ sudu besar TUMIX® Perencah Pati Ayam, gaul sehingga ayam bersalut rata. Ketepikan dan perap sekurang-kurangnya 30 minit.
3
Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bawang merah, cendawan shiitake kering dan ayam perap, tumis hingga naik bau.
4
Masukkan beras, minyak bijan dan kicap pekat, kacau rata. Pindahkan ke dalam periuk nasi dan masukkan air. Hidupkan suis dan biarkan ia masak.
5
Tabur kepingan ikan masin dan daun bawang di atas.
×
Ulasan