Menu ne anak-anak suka sangat makan..sedap sangat..mudah dan senang disediakan
Nasi Ayam Chicken Chop
Bahan-bahan
Arahan
Chicken Chop
Satukan tepung gandum, tepung beras, serbuk paprika bersama 1 sudu besar TUMIX® Perencah Pati Ayam didalam mangkuk dan gaul rata. Ketepikan.
Perap ayam dengan 5 sudu besar TUMIX® Perencah Pati Ayam selama 30 minit.
Salut ayam dengan adunan tepung, kemudian salut dengan telur yang telah dipukul dan salut dengan adunan tepung lagi.
Panaskan minyak masak dan goreng hingga masak sepenuhnya dan garing.
Sedia untuk dihidang.
Sos Istimewa
Cairkan 100 g mentega dalam kuali yang telah dipanaskan kemudian masukkan tepung gandum. Masak sehingga adunan bertukar sedikit keperangan dan berbau kekacang. Ketepikan.
Cairkan baki mentega dan masukkan bawang kuning. Tumis hingga kekuningan. Masukkan air dan kicap pekat. Gaul sebati.
Masukkan bancuhan tepung, kacau rata hingga mencapai konsistensi yang diingini.
Masukkan Seri-Aji® Perencah Masak Lada Hitam 38g dan kacau rata.
Sedia untuk dihidang.
Nasi Ayam
Cairkan mentega, tumis bawang putih dan halia bersama kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga naik bau.
Masukkan beras dan daun pandan. Kacau sebati dan masukkan ke dalam periuk nasi elektrik.
Tuangkan air bersama TUMIX® Perencah Pati Ayam dan kacau sekata. Biarkan ia masak.
Sedia untuk dihidang.
Menu ne anak-anak suka sangat makan..sedap sangat..mudah dan senang disediakan