Nasi Ayam BBQ

60m

Bahan-bahan

Nasi Ayam
Ayam BBQ
Sos 'Basting'
Bahan Sampingan:

Arahan

Nasi Ayam
1

Cairkan mentega, tumis bawang putih, halia, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga naik bau.

2

Masukkan beras dan daun pandan. Kacau sebati dan masukkan ke dalam periuk nasi elektrik.

3

Tuangkan air dan TUMIX® Perencah Pati Ayam, kacau sekata. Biarkan ia masak.

4

Hidangkan bersama hirisan ayam BBQ, hirisan timun dan taburkan daun bawang.

Ayam BBQ
1

Satukan semua bahan perapan (A) bersama TUMIX® Perencah Pati Ayam. Perap semalaman dalam peti sejuk.

2

Keluarkan ayam dari sos perapan. Simpan sos perapan untuk penyediaan sos ‘basting’ nanti.

3

Bakar ayam selama 10 minit pada suhu 200˚C di dalam ketuhar ataupun penggoreng udara yang telah dipanaskan.

4

Keluarkan ayam dan sapu sos ‘basting’ kemudian panggang lagi selama 15 minit pada suhu 200˚C.

Sos 'Basting'
1

Satukan kesemua bahan dan didihkan.

2

Ketepikan.

Ulasan

  1. Rasa:Tahap Kesukaran:
    Farahnaim
    ★★★★★
    26/09/2023
    5/5
    5/5

    Menu ni memang mudah..sedap..anak2 suka

  2. Rasa:Tahap Kesukaran:
    Rusmiati Mase
    ★★★★★
    04/09/2023
    5/5
    5/5

    Sedappp.. Kaya dgn rasa