Wellington Cendawan & Kentang Bersama Sos Shiitake Berkrim

45m

Bahan-bahan

Ingredients A: creamy sauce

Arahan

1

Gaul rata kuning telur bersama susu dan ketepikan (egg-wash). Panaskan ketuhar pada suhu 180˚C.

2

Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih dan bawang kuning.

3

Masukkan cendawan shiitake dan teruskan menggoreng sehingga agak lembut. Masukkan bayam muda dan tumis hingga layu.

4

Perasakan dengan AJI-SHIO® Lada Berperisa dan garam. Tutup api dan gaul bersama kentang lenyek.

5

Letakkan kepingan pastri dan lapis acuan pembakar roti. Pindahkan adunan kentang ke dalam acuan pembakar roti yang telah dilapis dengan kepingan pastri.

6

Sapu lapisan atas dengan egg-wash.

7

Bakar dalam ketuhar pada suhu 180˚C selama 30 minit atau sehingga bahagian atas berwarna perang keemasan.

8

Untuk menyediakan sos berkrim, cairkan mentega di dalam kuali yang panas, tumis bawang putih dan bawang kuning sehingga naik bau.

9

Masukkan cendawan dan masak selama 2 minit. Masukkan krim masakan dan air.

10

Reneh selama 5 minit atau sehingga sos pekat. Masukkan oregano kering dan perasakan dengan AJI-SHIO® Lada Berperisa.

Ulasan

Tiada komen dijumpai.