Pulut Bungkus Daun Teratai
Bahan-bahan
Arahan
Perasakan ayam dengan ½ sudu kecil Perencah Nasi Goreng Perisa Ayam SERI-AJI®.
Panaskan 3 sudu besar minyak masak dan tumis kerang dan udang kering hingga naik bau.
Masukkan bawang merah dan bawang putih dan goreng hingga empuk.
Masukkan cendawan dan ayam yang telah diperap. Tumis hingga naik bau.
Perasakan dengan Perencah Nasi Goreng Perisa Ayam SERI-AJI®, kicap ringan dan kicap gelap.
Masukkan pulut dan gaul rata.
Tuangkan air dan gaul sehingga air diserap.
Alaskan daun yang telah direndam pada mangkuk, sapu dengan 1 sudu besar baki minyak.
Sendukkan adunan nasi ke atas daun.
Balut dan kukus selama 1 jam.
Keluarkan dari pengukus dan terbalikkan ke atas pinggan. Potong daun terbuka dan sedia untuk dihidangkan.
Petua:
Resipi ini boleh disediakan terlebih dahulu dan hanya kukus sebelum dihidangkan.
Ulasan