Set Nasi Kerabu
Bahan-bahan
Arahan
Nasi Biru
Masak nasi dengan beberapa bunga kacang rama-rama untuk nasi berwarna biru.
Ayam Bakar Lada Hitam
Empukkan dada ayam dengan tukul daging (pilihan).
Perap dengan madu, minyak zaitun dan Lada Hitam Berperisa AJI-SHIO®.
Bakar dalam ketuhar 180OC yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 10 minit atau sehingga ayam masak.
Hiris dan hidangkan.
Sambal kelapa parut
Dalam kuali, tumis kelapa parut tanpa minyak hingga kekuningan, blend dan ketepikan.
Kisar semua bahan kecuali kelapa, tumis dalam kuali yang sama hingga naik bau.
Akhir sekali, satukan semua bahan dan tumis hingga sebati untuk meningkatkan jangka hayat.
Ikan
Didihkan air bersama asam jawa dan lengkuas kering. Masukkan ikan, rebus hingga masak.
Keluarkan ikan dan buang isinya.
Dalam kuali tidak melekat, tumis daging ikan tanpa minyak, perasakan dengan Lada Hitam Berperisa AJI-SHIO®. Ketepikan.
Ulam-Ulaman
Hiris semua sayur dengan nipis.
Ketepikan.
Budu
Campurkan budu dan air limau nipis.
Ketepikan.
Sup
Rebus stok ayam bening.
Masukkan saderi, lobak merah dan Stok Ayam TUMIX®, gaul rata.
Ulasan