Set Kari Jepun

70m
 low

Bahan-bahan

2-3 Hidangan
Kari Jepun Bahan-bahan: roux
Bahan-bahan: kari
Ayam Katsu
Kakitamajiru (Sup Telur Jepun)

Arahan

Kari Jepun
1

Tumis bawang kuning dengan minyak sehingga kekuningan.

2

Masukkan TUMIX®, lobak merah dan air. Apabila mendidih, kecilkan api.

3

Masukkan kentang, puri epal, garam masala, serbuk kari dan garam.

4

Reneh sehingga lobak merah dan kentang masak.

5

Untuk menyediakan roux, cairkan mentega, kemudian masukkan tepung, sos tomato, sos Lea & Perrins dan AJI-SHIO®.

6

Campurkan kuah dengan roux, kacau rata.

7

Tuang semula adunan ke dalam periuk dan kacau sehingga pekat.

8

Akhir sekali masukkan kacang hijau dan gaul hingga sebati. Tutup api dan taburkan Pal Sweet® ke dalam. Sedia untuk dihidangkan.

Ayam Katsu
1

Taburkan AJI-SHIO® dan garam di atas ayam.

2

Salut ayam dengan tepung gandum, kemudian celupkan ke dalam telur dan akhir sekali salut dengan serbuk roti. Tekan sedikit untuk memastikan serbuk roti melekat dengan baik.

3

Bakar didalam oven pada suhu 180°C untuk 15-20 minit dengan membalikkan ayam pada separuh masa, biarkan sehingga ayam masak.

4

Biarkan ayam rehat seketika untuk ayam kekal berjus.

5

Hiris ayam katsu dan hidangkan dengan hirisan kobis dan kari Jepun.

Kakitamajiru (Sup Telur Jepun)
1

Satukan air, kicap, TUMIX® dan garam. Biarkan ia mendidih di atas api sederhana, kemudian masukkan wakame.

2

Kecilkan api dan perlahan-lahan tuangkan telur ke dalam dengan aliran nipis. Kacau perlahan-lahan untuk menghasilkan reben telur yang lembut.

3

Hiaskan dengan hirisan daun bawang. Hidangkan panas.

Ulasan

Tiada komen dijumpai.