Telur Balut Emas
45m
Bahan-bahan
Arahan
1
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang hingga lutsinar.
2
Masukkan halia, bawang putih dan sos tomato, gaul rata.
3
Tambah ayam, Perencah Pati Ayam TUMIX®, ½ sudu kecil Lada Hitam Berperisa AJI-SHIO®, air, gula dan serbuk cili. Gaul rata dan perasa dengan garam.
4
Tutup tudung kuali dan masak selama 5 minit.
5
Masukkan telur rebus keras dan pekatkan kuah dengan campuran tepung jagung. Ketepikan.
6
Gabungkan semua ramuan (A) dan pukul rata.
7
Panaskan kuali leper tak melekat dengan sedikit minyak. Masukkan telur yang telah dipukul untuk membentuk telur dadar nipis.
8
Tambah inti ayam di bahagian tengah telur dadar dan lipat menjadi bentuk segi empat sama. Hidangkan.
×
Ulasan