Set Tumis Ayam Halia
75m
Bahan-bahan
Arahan
Tumis Ayam Halia
1
Perap ayam dengan serbuk kunyit dan minyak.
2
Dalam kuali, panaskan minyak masak dan tumis bawang besar, bawang putih, halia dan cili api hingga naik bau. Kemudian masukkan ayam yang telah diperap tadi.
3
Setelah ayam separuh masak, masukkan kicap manis, sos tiram dan air. Perasakan dengan AJI-SHIO® dan TUMIX®.
4
Masukkan sayur.
5
Biarkan mendidih seketika sebelum pekatkan dengan tepung jagung yang telah dicairkan. Gaul rata dan hidangkan.
Choy Sum dan Sup Lobak Merah
1
Panaskan minyak masak, masukkan bawang besar dan bawang putih. Kacau hingga naik bau.
2
Masukkan air, lobak merah dan ikan bilis. Biarkan mendidih seketika sehingga lobak merah lembut.
3
Tambah choy sum dan perasakan dengan TUMIX®.
4
Biar mendidih dan tutup api. Hiaskan dengan daun bawang dan sedia untuk dihidangkan.
×
Ulasan