Set Shogayaki Ikan Dory
Bahan-bahan
Arahan
Ikan Dory Syogayaki
Didihkan sedikit air, kecilkan api dan rebus kepingan ikan selama 3 minit atau sehingga ikan masak dan tidak hancur, toskan. Buang air tu.
Masukkan 1 cawan air, kicap, gula, halia dan TUMIX® ke dalam periuk dan biarkan mendidih.
Setelah mendidih dan sos mula menyusut, kecilkan api dan masukkan kepingan ikan, biarkan selama 5 minit.
Taburkan daun bawang sebelum dihidangkan.
Sayur Tempura
Untuk membuat adunan tepung tempura, campurkan tepung gandum, tepung beras, AJI-NO-MOTO® dan garam.
Campurkan air sejuk dan telur, kacau hingga sebati.
Satukan adunan tepung dan adunan telur, gaul hingga separuh sekata.
Satukan semua bahan (B) dan gaul bersama bancuhan tepung tempura. Pastikan semua sayur disalut dengan adunan tepung.
Panaskan minyak masak, goreng hingga perang dengan api sederhana.
Kenchinjiru (Sup Sayur Jepun)
Didihkan air dan perasakan dengan TUMIX®.
Masukkan akar teratai, saderi, lobak merah dan tauhu lembut, biarkan mendidih.
Hiaskan dengan daun bawang.
Ulasan