Nasi Jagung
45m
Bahan-bahan
Arahan
1
Cairkan marjerin di dalam periuk yang telah dipanaskan, tumis kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan daun pandan sehingga wangi.
2
Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia, tumis sehingga naik bau dan kekuningan.
3
Masukkan beras basmathi dan tumis seketika, kemudian pindahkan ke periuk nasi elektrik.
4
Masukkan Seri-AjiĀ® Perencah Nasi Goreng Ayam 72g, masukkan air, susu cair dan isi jagung manis. Kacau rata, tekan suis dan biarkan ia masak.
5
Taburkan bawang goreng dan daun sup. Sedia untuk dihidang.
6
Tip: Setelah nasi masak, gunakan garfu atau penyepit makanan (chopstick) untuk meleraikan nasi supaya nasi tidak hancur.
×
Ulasan