Set Pai Ayam
Bahan-bahan
Arahan
Kaedah untuk Pai Ayam
Perap ayam dengan Lada Hitam Berperisa AJI-SHIO®, kicap manis, madu dan thyme selama 30 minit.
Rebus ubi dengan kulit hingga lembut, kupas kulitnya dan hancurkan dengan keju. Ketepikan.
Panaskan minyak zaitun, tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau dan masukkan ayam dan lobak merah yang telah diperap.
Kacau rata, masukkan air.
Masukkan cendawan dan perasakan dengan Stok Ayam TUMIX®, renehkan.
Tuangkan isi ayam ke dalam bekas kaca atau dulang aluminium foil pakai buang, ratakan.
Tutup dengan keledek tumbuk, ratakan.
Bakar dalam ketuhar yang dipanaskan pada suhu 180oC sehingga perang keemasan. Hidangkan panas.
Kaedah untuk Sup Labu dan Peas
Rebus labu dengan air hingga empuk, sejukkan dan gaul rata.
Didihkan labu yang telah dikisar dengan api perlahan, masukkan kacang hijau.
Perasakan dengan Lada Hitam Berperisa AJI-SHIO® dan Stok Ayam TUMIX®.
Ulasan