Masakan yang sangat mudah dan sangat menyelerakan..Resepi mudah je dan senang dibuat..ambil masa 45 minit je..Anak² dan suami makan bertambah².. so yummyyyy.
Boleh dicuba lagi untuk masakan seterusnya.
Ayam Masak Ros
30m
Bahan-bahan
Arahan
1
Gaulkan ayam bersama TUMIX® Perencah Pati Ayam dan serbuk kunyit.
2
Panaskan minyak masak dan goreng sehingga garing dan ketepikan.
3
Kurangkan minyak di dalam kuali, masukkan buah pelaga dan kulit kayu manis. Tumis sehingga naik bau.
4
Masukkan bawang besar dan daun kari, tumis sehingga naik bau.
5
Masukkan bahan kisar (A), cili kering kisar dan puri tomato. Tumis sehingga pecah minyak.
6
Masukkan serbuk jintan manis, serbuk jintan putih dan serbuk kas kas. Gaul sebati.
7
Masukkan tomato, cili merah, ayam goreng dan santan. Masak sehingga kuah sedikit pekat dan santan masak.
8
Perasa dengan TUMIX® Perencah Pati Ayam. Gaul rata.
9
Sedia untuk dihidang.
Ulasan
×
Sedapnya dan bau aroma bila ayam yang digaulkan bersama TUMIX® Perencah Pati Ayam dan serbuk kunyit bila digoreng dengan airfryer. Lebih lebih lagi dengan rempah, Santan dan daun kari bertambah selera dalam lauk ini 😋!
sedap sangat rasa ayam masak ros ini..mudah saja. Dengan adanya Tumix ayam ini, xperlu risau sebab dah lengkap semuanya..tak perlu tambah garam gula lagi.. Satu family suka ayam masak ros ini.. terbaik 👍👍👍
Resepi yang sedap dan lazat untuk dicuba. Ini pertama kali saya masak hidangan ini untuk keluarga. Rasa lemak santan dan aroma dari daun kari menambah selera. Ditambah pula dengan penggunaan Perencah Pati Ayam TUMIX, memang menambah selera. Sesuai dinikmati ketika berbuka atau pada hari perayaan.
Terbaik,sedap resepinya X rugi mencuba 👍👍👍
Rasa ayam ros ni sedap sekali. Pedas-pedas manis, sungguh sempurna dan menyelerakan.
Wahh xsangka bru pertama kali cuba..mmg sedap Ayam msk Ros ni..suami ckp sedap bau aromanya..tanpa Seri Aji x lengkap masakan.. Korang kene try..😋
Masakan yang sangat mudah dan sangat menyelerakan..Resepi mudah je dan senang dibuat..ambil masa 45 minit je..Anak² dan suami makan bertambah².. so yummyyyy. Boleh dicuba lagi untuk masakan seterusnya.