Ayam Masak Ros

30m

Bahan-bahan

Bahan-bahan: Ayam Goreng
Bahan-bahan (A): dikisar
Bahan-bahan: Kuah

Arahan

1

Gaulkan ayam bersama TUMIXยฎ Perencah Pati Ayam dan serbuk kunyit.

2

Panaskan minyak masak dan goreng sehingga garing dan ketepikan.

3

Kurangkan minyak di dalam kuali, masukkan buah pelaga dan kulit kayu manis. Tumis sehingga naik bau.

4

Masukkan bawang besar dan daun kari, tumis sehingga naik bau.

5

Masukkan bahan kisar (A), cili kering kisar dan puri tomato. Tumis sehingga pecah minyak.

6

Masukkan serbuk jintan manis, serbuk jintan putih dan serbuk kas kas. Gaul sebati.

7

Masukkan tomato, cili merah, ayam goreng dan santan. Masak sehingga kuah sedikit pekat dan santan masak.

8

Perasa dengan TUMIXยฎ Perencah Pati Ayam. Gaul rata.

9

Sedia untuk dihidang.

Ulasan

  1. Rasa:Tahap Kesukaran:
    Stephanie Lee
    โ˜…โ˜…โ˜…โ˜…โ˜…
    29/04/2024
    5/5
    5/5

    Sedapnya dan bau aroma bila ayam yang digaulkan bersama TUMIXยฎ Perencah Pati Ayam dan serbuk kunyit bila digoreng dengan airfryer. Lebih lebih lagi dengan rempah, Santan dan daun kari bertambah selera dalam lauk ini ๐Ÿ˜‹!

  2. Rasa:Tahap Kesukaran:
    tihahosman
    โ˜…โ˜…โ˜…โ˜…โ˜…
    24/04/2024
    5/5
    5/5

    sedap sangat rasa ayam masak ros ini..mudah saja. Dengan adanya Tumix ayam ini, xperlu risau sebab dah lengkap semuanya..tak perlu tambah garam gula lagi.. Satu family suka ayam masak ros ini.. terbaik ๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

  3. Rasa:
    AmiraNazri
    โ˜…โ˜…โ˜…โ˜…โ˜…
    22/03/2024
    5/5

    Resepi yang sedap dan lazat untuk dicuba. Ini pertama kali saya masak hidangan ini untuk keluarga. Rasa lemak santan dan aroma dari daun kari menambah selera. Ditambah pula dengan penggunaan Perencah Pati Ayam TUMIX, memang menambah selera. Sesuai dinikmati ketika berbuka atau pada hari perayaan.

  4. Rasa:Tahap Kesukaran:
    Atie sweetchoc
    โ˜…โ˜…โ˜…โ˜…โ˜…
    20/03/2024
    5/5
    5/5

    Terbaik,sedap resepinya X rugi mencuba ๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

  5. Rasa:Tahap Kesukaran:
    Syifazhar
    โ˜…โ˜…โ˜…โ˜…โ˜…
    15/03/2024
    5/5
    5/5

    Rasa ayam ros ni sedap sekali. Pedas-pedas manis, sungguh sempurna dan menyelerakan.

  6. Rasa:Tahap Kesukaran:
    Nabiha bt mohd sah
    โ˜…โ˜…โ˜…โ˜†โ˜†
    10/03/2024
    5/5
    1/5

    Wahh xsangka bru pertama kali cuba..mmg sedap Ayam msk Ros ni..suami ckp sedap bau aromanya..tanpa Seri Aji x lengkap masakan.. Korang kene try..๐Ÿ˜‹

  7. Rasa:Tahap Kesukaran:
    nurulakma@1990
    โ˜…โ˜…โ˜…โ˜…โ˜…
    09/03/2024
    5/5
    5/5

    Masakan yang sangat mudah dan sangat menyelerakan..Resepi mudah je dan senang dibuat..ambil masa 45 minit je..Anakยฒ dan suami makan bertambahยฒ.. so yummyyyy. Boleh dicuba lagi untuk masakan seterusnya.