Burger Ayam Dengan Cendawan Tumis
Bahan-bahan
Arahan
Cara menyediakan: Cendawan Goreng
Cairkan marjerin di dalam kuali, masukkan bawang kuning dan bawang putih, kemudian kacau-goreng sehingga kekuningan.
Masukkan cendawan butang, gaul rata dan perasakan dengan AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa. Kacau-goreng sehingga cendawan masak.
Bahagikan kepada 4 untuk 4 set burger.
Cara menyediakan:
Panaskan minyak masak. Panggang burger dengan api sederhana sehingga masak sepenuhnya. Tabur AJI-SHIO® Lada Berperisa sebanyak 3 kali pada kedua belah burger semasa memasak. Ketepikan.
Bakar roti burger sehingga keperangan kedua belah.
Di atas roti burger bahagian bawah, paipkan mayonis, letakkan daun selada, burger ayam, cendawan goreng kemudian paipkan mayonis dan 2 taburan AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa. Letakkan roti burger bahagian atas.
Ulasan