Char Kueh Teow
Bahan-bahan
Arahan
Bahagikan bahan-bahan kepada 5 bahagian dan ketepikan.
Kisar bahan-bahan (A) menggunakan pengisar sehingga halus. Panaskan minyak masak dalam kuali dan tumis pes cili sehingga naik bau dan minyak timbul di permukaan. Pindahkan ke dalam bekas lain dan ketepikan.
Campurkan semua bahan (B) dalam periuk kecil dan didihkan. Gaul rata dan ketepikan.
Panaskan minyak masak dalam kuali, masukkan 1 bahagian bawang putih, ½ sudu besar pes cili (ikut tahap kepedasan yang diingini) dan tumis hingga naik bau.
Masukkan 1 bahagian udang, tumis hingga udang bertukar warna kemerahan.
Masukkan 1 bahagian kuey teow dan 2 sudu kecil sos, gaul cepat dan sebati.
Tolak kueh teow ke tepi kuali, tambah sedikit minyak di ruang kosong dan pecahkan sebiji telur. Biarkan separuh masak, kemudian gaul bersama kueh teow.
Masukkan 1 bahagian kerang, teruskan menumis.
Masukkan 1 bahagian taugeh dan daun kucai, tumis hingga sedikit layu dan hidangkan segera. Ulang langkah sehingga semua 5 hidangan selesai disediakan.
Nota
Untuk hasil terbaik, Char Kueh Teow sepatutnya digoreng satu bahagian pada satu masa.
Ulasan