Set Capati Wrap Bersama Rasam

80m
1 complete set ofSet Capati Wrap Bersama Rasam
Please Select an Option
Intensity

Nutrition Value in 1 Serving

Set Meal

Bahan-bahan

1 serving

Arahan

Capati
1

Campurgaulkan semua bahan sehingga menjadi doh yang lembut. Tambah air jika perlu.

2

Rehatkan doh selama 15-20 minit.

3

Buat bentuk bebola dan gelek menjadi nipis. Jangan terlalu nipis.

4

Masak di atas kuali sehingga muncul bintik- bintik keperangan di kedua-dua bahagian.

Ayam Tikka
1

Campurkan TUMIX®, yogurt, jus lemon, halia, bawang putih, garam masala, serbuk cili, kunyit, jintan manis, dan serbuk ketumbar.

2

Masukkan ayam dan sayur, salutkan dengan baik. Tutup dan perap di dalam peti ais selama 30 minit hingga 2 jam.

3

Cucukkan ayam dan sayur-sayuran pada lidi berselang seli dan letakkan di atas loyang. Bakar selama 10-15 minit, pusingkan sekali-sekala, sehingga masak.

4

Hiaskan dengan daun ketumbar dan sedia untuk dibaluti bersama capati.

Raita Timun
1

Campurgaulkan semua bahan dan dibiarkan sejuk sebelum di balut bersama didalam capati.

Rasam
1

Panaskan minyak dan tumis biji sawi, jintan putih, cili kering, daun kari dan pes bawang putih sehingga naik bau.

2

Masukkan tomato dan serbuk kunyit. Kacau rata sebelum masukkan bahan-bahan (B).

3

Masukkan air, asam jawa dan perasakan dengan TUMIX®, garam dan gula.

4

Biarkan didih seketika sehingga sedikit pekat.

5

Tutup api, kemudian taburkan daun ketumbar dan bawang goreng.

Ulasan

Tiada komen dijumpai.