Cendawan Mentega
Bahan-bahan
Arahan
Hiris tebal cendawan Eryngii.
Gaul sebati tepung goreng (A) dalam mangkuk dan ketepikan selama 10 minit.
Panaskan secukup minyak di dalam kuali. Kotkan hirisan cendawan dengan tepung goreng (A) dan goreng-celup hingga keemasan dan rangup. Angkat dan ketepikan.
Di atas api sederhana, cairkan mentega di dalam kuali yang bersih. Tuangkan kuning telur secara perlahan-lahan ke dalam kuali. Sementara kuning telur dituang, kacau pantas sehingga berbiuh. Tuangkan campuran ini ke dalam penapis logam dan tapis keluar minyak.
Masukkan 1 sudu besar minyak ke dalam kuali bersih yang berasingan. Goreng cili padi, cili kering dan daun kari hingga beraroma.
Bubuh perencah (B) dan kembalikan cendawan rangup dan telur. Pada suhu tinggi, lambung pantas campuran dalam kuali sampai sekata.
Ulasan