Set Nasi Bukhari

70m
 q3

Bahan-bahan

Nasi Bukhari (untuk 5 pax) Bahan-bahan A:
Bahan-bahan B: aromatik
Salata
Sup Sayur

Arahan

Nasi Bukhari (untuk 5 pax)
1

Panaskan minyak sapi di dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, halia, dan rempah ratus sehingga naik bau.

2

Kemudian masukkan semua serbuk rempah (B), lobak merah dan tomato puri.

3

Kacau sekejap, masukkan ayam dan 130 ml air.

4

Masukkan daun pudina, daun ketumbar dan perasakan dengan TUMIX® dan AJI-SHIO®. Masak sehingga sos pekat dan kering. Tutup api.

5

Pindahkan bahan-bahan tumis ke dalam periuk nasi elektrik.

6

Masukkan beras, cili hijau dan air. Kacau hingga sebati dan masak seperti biasa.

7

Apabila nasi sudah masak, hiaskan dengan kacang gajus, kismis, bawang goreng dan daun bawang.

Salata
1

Gaul rata semua bahan.

2

Sejukkan seketika sebelum dihidangkan.

Sup Sayur
1

Didihkan air, sayur-sayuran dan TUMIX®.

2

Bila sayur sudah empuk, tutup api.

3

Tuangkan minyak zaitun, bawang goreng dan daun bawang. Sedia untuk dihidangkan.

Tip Nutrisi
1

Hidangan lengkap yang tinggi dengan karbohidrat dan protein sesuai untuk pemulihan otot.

Ulasan

Tiada komen dijumpai.