Ikan Siakap Reneh Bersama Lala

35m

Bahan-bahan

Ikan
Kuah

Arahan

1

Perap ikan siakap bersama AJI-NO-MOTO® dan garam. Kemudian salut nipis kedua-dua belah ikan siakap dengan tepung jagung.

2

Panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng kedua-dua belah ikan siakap selama 5-6 minit.

3

Tolak ikan siakap ke satu sisi dalam kuali, kemudian masukkan halia, bawang putih, bawang merah dan cili padi merah. Tumis sehingga wangi.

4

Masukkan air, kicap cair, AJI-NO-MOTO® dan gula. Reneh selama 3 minit.

5

Masukkan lala dan tepung jagung. Teruskan mereneh sehingga sos sedikit pekat.

6

Hias dengan daun bawang dan cili merah. Sedia untuk dihidang.

Ulasan

Tiada komen dijumpai.