Puff Tiga Penjuru dengan Isi Ayam Berempah
Bahan-bahan
Arahan
Doh
Satukan semua bahan (A) dalam mangkuk adunan. Campurkan menjadi doh. Biarkan berehat selama 15 minit.
Satukan semua bahan (B) hingga sebati.
Potong kedua-dua doh (A) dan (B) kepada bahagian yang sama. Balut doh (B) dengan doh (A) (lihat tunjuk cara untuk langkah).
Selepas langkah terakhir, leperkan doh dan letakkan 1 sudu besar inti di tengah. Cubit untuk menutup bukaan.
Letakkan puff di atas dulang pembakar yang telah digris. Sapu dengan sayu dan taburkan beberapa biji bijan.
Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 200°C selama 15 – 20 minit atau sehingga perang keemasan.
Isi ayam berempah
Perap ayam dan cendawan dengan sos tiram, garam, Lada Perisa AJI-SHIO® dan serbuk kari daging selama sekurang-kurangnya 20 minit.
Panaskan minyak bijan, tumis bawang putih sekejap dan masukkan kacang keladi. Tos dan goreng sebati. Tuangkan air dan renehkan sehingga kacang keladi hampir lembut.
Masukkan adunan ayam perap dan bawang besar. Tumis sekejap.
Campurkan gula, Perencah Stok Ayam TUMIX® dan kicap gelap. Taburkan air tambahan (cukup) untuk membasahkan adunan. Masak sehingga daging empuk. Akhir sekali masukkan tepung ubi kayu untuk memekatkan inti.
Ulasan