Dietary: Vegetarian
Ladu Sayuran
Bahan-bahan
Arahan
Potong kesemua sayur-sayuran dan ‘dou bao’ menjadi dadu kecil.
Panaskan minyak, tumis cendawan sehingga wangi.
Masukkan semua sayur-sayuran dan ‘dou bao’, perasakan dengan Perencah Umami AJI-NO-MOTO® dan Lada Berperisa AJI-SHIO®.
Goreng hingga wangi dan masukkan campuran tepung jagung, kacau rata dan ketepikan.
Adunkan tepung gandum, tepung ubi dan garam, tuangkan air panas. Gaul dengan pantas sehingga adunan menjadi sebati.
Masukkan minyak, uli sehingga doh menjadi lembut dan licin. Bahagikan doh kepada 10 g setiap bahagian.
Canai doh kepada lapisan nipis, letakkan inti di atas dan lipat menjadi bentuk separuh bulan.
Masukkan dalam dulang kukus yang telah digris dangan minyak masak. Kukus atas api yang tinggi selama lebih kurang 3 minit.
Ulasan