Cuisine: Cina
Tauhu Sos Labu Makanan Laut
Bahan-bahan
Arahan
Campurkan 1 sudu besar tepung jagung dengan 2 sudu besar air dan ketepikan untuk memekatkan sos kemudian.
Salut nipis tauhu himpit jepun bersama baki tepung jagung.
Panaskan minyak masak didalam kuali, susun tauhu di dalam kuali dan goreng setiap sisi tahu hingga keemasan dan masak sepenuhnya. Susun di atas pinggan hidangan dan ketepikan.
Di dalam kuali yang lain, tambahkan 3 sudu besar minyak masak kemudian masukkan kekapis kering. Tumis hingga keperangan dan wangi.
Masukkan labu kisar, air dan udang. Biarkan mendidih selama 20 minit.
Perasakan dengan AJI-NO-MOTO® dan garam. Gaul rata.
Masukkan campuran tepung jagung dan biarkan mendidih sehingga sos sedikit mememkat.
Tuangkan sos labu ke atas tauhu yang digoreng.
Sedia untuk dihidang.
Ulasan