Cara Menjaga Kesihatan Jantung Melalui Makanan

Petua Di Dapur
Terkini

Cara Menjaga Kesihatan Jantung Melalui Makanan

Sempena Hari Jantung Sedunia, mari kita fikirkan tentang kepentingan penjagaan kesihatan jantung dan bagaimana tabiat harian kita memainkan peranan dalam mengekalkannya. Salah satu faktor penting yang mempengaruhi kesihatan jantung ialah pengambilan sodium. Memandangkan Malaysia merupakan negara yang kaya dengan makanan berperisa, ramai mungkin terlepas pandang pada jumlah garam yang dimasukkan ke dalam diet. Walau bagaimanapun, perubahan kecil seperti mempraktikkan konsep Smart Salt , boleh membawa kepada hasil yang lebih hebat dalam menjaga kesihatan jantung untuk jangka masa yang panjang.

Kesan Sodium Berlebihan Terhadap Kesihatan Jantung

Sodium adalah sebuah mineral yang biasa ditemui dalam garam biasa dan penting untuk mengawal keseimbangan cecair dalam badan bagi fungsi sel kita. Namun demikian, pengambilan sodium yang berlebihan boleh mendatangkan masalah kesihatan yang serius. Kebanyakan makanan yang diproses seperti snek dan juga hidangan restoran sering mengandungi sodium tersembunyi, yang boleh mengakibatkan pengambilan sodium yang lebih daripada kadar harian yang disyorkan. Pengambilan sodium yang tinggi telah dikaitkan dengan peningkatan risiko hipertensi (tekanan darah tinggi) dan penyakit jantung. Apabila kandungan sodium tinggi, ia menyebabkan badan menyimpan lebihan air lalu menambahkan tekanan pada saluran darah. Dari masa ke masa, ini meningkatkan risiko kegagalan jantung, strok, dan penyakit kardiovaskular yang lain.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan pengambilan sodium dihadkan kepada kurang daripada 2,000 mg sehari, yang bersamaan dengan kira-kira 5 gram garam. Namun tanpa disedari, kebanyakan kita mengambil hampir dua kali ganda jumlah itu. Pengurangan sodium dalam diet anda ialah cara yang mudah tetapi berkesan untuk melindungi jantung anda daripada risiko kesihatan jangka panjang.

Menurut Tinjauan Garam Komuniti Malaysia (MyCoSS), rakyat Malaysia makan secara purata kira-kira 7.9 gram atau 1.6 sudu teh garam setiap hari. Itu melebihi pengambilan garam yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), iaitu hanya 5.0 gram atau 1 sudu teh sehari.

Pengenalan Konsep Smart Salt

Berita baiknya ialah anda tidak perlu korbankan rasa untuk mengurangkan pengambilan sodium anda. Konsep Smart Salt memberi tumpuan kepada pengurangan sodium sambil mengekalkan kelazatan makanan dengan meningkatkan perisa melalui penggunaan AJI-NO-MOTO®.

AJI-NO-MOTO® ialah Monosodium Glutamat (MSG) yang dihasilkan melalui proses penapaian semula jadi bahan tebu atau ubi kayu dan mengandungi ⅔ kurang sodium daripada garam biasa. AJI-NO-MOTO® juga boleh merangsang rasa umami, iaitu rasa yang boleh meningkatkan rasa yang mendalam dan kompleks pada makanan. Jadi, anda hanya perlu menggantikan sebahagian garam dengan AJI-NO-MOTO® dalam masakan anda, dan anda boleh mengurangkan sodium dalam makanan sebanyak 40% sambil menjadikannya lebih lazat! Dengan cara ini, anda masih boleh menikmati makanan yang anda gemari sambil mengambil langkah proaktif untuk melindungi jantung anda.


Kurangkan Stres untuk Kesihatan Jantung yang Lebih Baik

Selain mempraktikkan pemakanan yang baik, pengurusan tekanan juga memainkan peranan penting dalam penjagaan kesihatan jantung. Tekanan stres yang kronik boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan meningkatkan risiko penyakit jantung. Oleh itu, amat penting untuk kita luangkan masa untuk kurangkan tekanan stres dan berehat.

Salah satu cara terbaik untuk menghilangkan tekanan stres adalah dengan meluangkan masa berkualiti bersama orang yang tersayang, tidak kira seringkas waktu hujung minggu atau percutian lama. Mengambil masa untuk berehat daripada rutin harian membolehkan anda mengecas semula mental dan fizikal, lalu memberi manfaat kepada kesihatan jantung dan diri secara keseluruhan.

Memandangkan anda sedang menuju ke ke arah memasak yang lebih sihat dengan konsep Smart Salt, anda hanya perlu membeli mana-mana Produk Ajinomoto dan anda berpeluang memenangi hadiah untuk menghilangkan tekanan iaitu Baucar Percutian bernilai RM20,000! Bayangkan anda berlepas ke destinasi di mana anda boleh berehat, meneroka dan memberi tumpuan kepada kesejahteraan anda bersama keluarga atau rakan. Berbaloi jaga kesihatan jantung anda!

Untuk serta peraduan ini, anda hanya perlu: 

1. Beli RM15 dan ke atas Produk Ajinomoto Malaysia dalam 1 resit.
2. Hantarkan penyertaan dengan gambar resit melalui
      a. WhatsApp +6014-9147118 atau
      b.smartcooking.com.my

Bagi maklumat selanjutnya, layari: https://smartcooking.com.my/ms/contest/seni-dalam-rasa/ 

Masa Depan Bersama Jantung Yang Sihat Bermula Hari Ini

Sambil kita meraikan Hari Jantung Sedunia, inilah masa yang sesuai untuk fikirkan tentang langkah yang mudah dan berkesan bagi kita ambil untuk melindungi kesihatan jantung. Dengan mengamalkan konsep Smart Salt, kita boleh menikmati hidangan lazat dan kurang sodium sambil mengurangkan risiko hipertensi dan penyakit jantung. Tambahan pula pengurusan tekanan stres seperti bercuti bersama orang yang tersayang, kita benar-benar boleh jangkakan masa depan yang lebih sihat dan bahagia.

Berikut adalah beberapa resipi rendah sodium yang anda boleh cuba!

1. Telur Goreng Air Asam


Bahan-bahan:

Secukupnya Minyak masak
5 biji Telur, bersaiz besar
1/2 biji Bawang kuning, dihiris
2 biji Bawang merah, dihiris
2 ulas Bawang putih, dihiris
1 batang Cili merah, dipotong serong
3 biji Cili padi, dipotong serong
1 cawan Air asam jawa
1/4 sudu kecil AJI-NO-MOTO®
3/4 sudu kecil Garam
1 sudu kecil Gula

Arahan:

1. Panaskan minyak dan goreng telur satu persatu sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
2. Menggunakan kuali yang sama, kurangkan minyak dan masukkan bawang kuning, bawang merah dan bawang putih. Tumis sehingga kekuningan.
3. Masukkan cili merah dan cili padi. Tumis seketika dan masukkan jus asam jawa. Biarkan mendidih.
4. Perasa dengan AJI-NO-MOTO®, garam dan gula.
5. Masukkan telur goreng tadi dan gaul rata.
6. Sedia untuk dihidang.

2. Sambal Kentang Ikan Bilis

Bahan-Bahan:

1 biji Bawang besar
4 ulas Bawang putih
150 g Ikan bilis kopek
1 cawan Air
Secukupnya Minyak masak
2 g Kentang, dipotong baji (wedges)
4 sudu besar Cili kering kisar
½ sudu kecil AJI-NO-MOTO®
1½ sudu kecil Garam
1 sudu kecil Gula

Arahan:

1. Kisar bawang besar, bawang putih, 50 g ikan bilis kopek bersama air. Ketepikan.
2. Panaskan minyak masak, goreng kentang sehingga masak dan sedikit garing. Angkat, toskan minyak dan ketepikan.
3. Masukkan baki 100 g ikan bilis kopek dan goreng sehingga garing. Angkat, toskan minyak dan ketepikan.
4. Kurangkan minyak di dalam kuali, masukkan bahan kisar dan tumis sehingga naik bau dan kekuningan.
5. Masukkan cili kering kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
6. Perasa dengan AJI-NO-MOTO®, garam dan gula. Gaul rata.
7. Masukkan kentang goreng dan gaul rata. Tutup api dan biarkan sambal sedikit sejuk.
8. Masukkan ikan bilis kopek goreng. Gaul rata.
9. Sedia untuk dihidang.
10. Tip: Masukkan ikan bilis goreng setelah sambal sedikit sejuk supaya ikan bilis kekal garing.

3. Jejari Terung Rangup

Bahan-bahan:

1 cawan Tepung gandum
1/2 sudu kecil AJI-NO-MOTO®
1/2 sudu kecil Garam
1/2 sudu kecil Serbuk cili
1/4 sudu kecil Serbuk ketumbar
1/4 sudu kecil Serbuk jintan manis
1/4 sudu kecil Serbuk jintan putih
2 batang Terung, dibuang kulit dan dipotong memanjang 5cm
2 biji Telur, dipukul
200 g Serbuk roti
Secukupnya Minyak Masak

Arahan:

1. Gaul rata tepung gandum, serbuk cili, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih di dalam mangkuk.
2. Perasa dengan AJI-NO-MOTO® dan garam. Gaul rata.
3. Salutkan jejari terung bersama campuran tepung tadi. Kemudian celupkan didalam telur dan salut rata dengan serbuk roti.
4. Panaskan minyak dan goreng jejari terung sehingga keperangan dan masak sepenuhnya.