Too Good To Waste: Mengubah Lebihan Makanan kepada Hidangan Lazat

Petua Di Dapur
Terkini

Too Good To Waste: Mengubah Lebihan Makanan kepada Hidangan Lazat

Kita semua pernah mengalami situasi berikut – melihat lebihan makanan dalam peti ais dan rasa tidak pasti bagaimana ingin menggunakannya. Tetapi tahukah anda setiap lebihan makanan itu boleh diubah menjadi hidangan yang baharu? Bukan sahaja anda dapat menjimat duit, tetapi ia juga membantu mengurangkan sisa makanan. Jom kita ketahui beberapa cara yang mudah dan menyeronokkan untuk mengubah lebihan makanan kepada sesuatu yang lazat!

Kebaikan Menggunakan Lebihan Makanan

Mengurangkan Pembaziran Makanan

Sebanyak 17,000 tan sisa makanan dihasilkan di Malaysia setiap hari (Fairplanet, 2023). Jumlahnya lebih daripada 60 kali ganda berat sebuah rumah! Sisa makanan bukan sahaja meningkatkan kos pengeluaran makanan tetaip ia juga menambahkan risiko kepada kesihatan manusia dan menyumbang kepada kemerosotan alam sekitar (Institut Penyelidikan Khazanah, 2022).

Apabila kita menggunakan semula lebihan makanan, kita dapat membantu mengurangkan jumlah makanan yang akan berakhir di dalam tong sampah. Dengan memanfaatkan sepenuhnya bahan-bahan, anda menyumbang kepada pengurangan sisa makanan untuk kebaikan alam sekitar. Anda juga mungkin akan terkejut dengan melihat sejauh mana bahan-bahan anda dapat digunakan.

Masakan Kreatif

Anda boleh serlahkan kreativiti anda di dapur dengan menggunakan lebihan makanan. Ambil peluang ini untuk bereksperimen dengan perisa dan tekstur yang berbeza menggunakan hidangan yang sedia ada. Sebagai contoh, anda boleh gunakan lebihan nasi untuk hasilkan nasi goreng yang enak atau puding nasi manis! Untuk inspirasi selanjutnya, layari ‘Too Good To Waste’, halaman baharu yang memberi peluang kedua kepada lebihan makanan. Mana tahu, anda mungkin menemui minat yang baharu dalam makanan!

Menjimatkan Wang

Tahukah anda jumlah makanan yang dibuang oleh rakyat Malaysia setiap bulan bernilai RM225? (Penyelidikan Emir, 2020). Jadi, sekiranya anda menggunakan lebihan makanan, ia bermaksud anda turut memanfaatkan sepenuhnya wang yang telah dbelanjakan. Anda juga boleh menghasilkan hidangan baharu tanpa keperluan membeli bahan tambahan. Yang syoknya, pelbagai hidangan boleh dihasilkan dengan bahan asas yang sama dan pastinya berbaloi dengan wang yang dibelanjakan.

Bagaiama Cara untuk Mengguna Lebihan Makanan?

Setelah kita tahu bahawa penggunaan lebihan makanan adalah idea yang bagus, mari kita lihat bagaimana caranya untuk mengubah lebihan makanan yang biasa kepada hidangan baharu yang lazat.

Nasi
Lebihan nasi boleh digunakan untuk menghasil pelbagai hidangan. Contohnya, anda boleh buat nasi goreng yang cepat dan sedap hanya dengan tambahan beberapa sayur, telur dan Seri-Aji® Perencah Nasi Goreng. Jika anda inginkan sesuatu panas dan menenangkan, anda boleh cuba hasilkan bubur. Kemungkinannya tidak terbatas! 

Pasta
Kita semua boleh akui yang susah nak anggar bahagian pasta kepada jumlah hidangan yang betul. Tetapi jangan biarkan lebihan pasta dibazirkan! Anda boleh mengubahnya kepada Salad Pasta Mentega Kacang hanya dengan menambah sayur, sos dan sedikit mentega kacang untuk rasa kacang. Anda juga boleh mengubahnya kepada sesuatu yang kreatif seperti ‘Bites’ Makaroni Berkeju kecil yang sesuai dijadikan sebagai snek parti!

Sayur-sayuran

Apa yang sesuai dengan sayur-sayuran? Telur! Lebihan sayur adalah bahan yang sesuai untuk membuat telur dadar yang boleh dinikmati waktu sarapan pagi atau makan tengah hari. Anda juga boleh mengubah lebihan sayur kepada semangkuk sup jagung yang sedap! Selain itu, anda boleh mengubahnya kepada hidangan cucur sayur rangup. Campurkan lebihan sayur dengan sedikit tepung dan telur, dan gorengkannya!

(P/S: Kanak-kanak pun boleh mula menikmati sayur, jadi ia bermanfaat!)

 

Roti
Roti sejuk tidak perlu dibuang. Anda boleh mengubahnya menjadi puding roti manis atau Sandwic Telur Keju. Sekiranya anda inginkan ‘topping’ untuk salad atau sup anda, anda boleh jadikan roti dalam bentuk kiub kecil dan bakarnya untuk hasilkan crouton. Ia sangat menjimatkan wang!

Meat
Leftover meats can be used in many different ways. Shred them up for sandwiches or wraps, stuff them into tacos, or transform them into seaweed chicken rolls! Check out the recipe below:

Terdapat pelbagai cara untuk menggunakan lebihan daging. Anda boleh carik-carikkan daging untuk sandwic, isi ‘taco’, atau jadikan sebagai ‘Seaweed Chicken Roll’! Jom lihat resipi di bawah:

Cara Menyimpan Lebihan Makanan untuk Penggunaan Seterusnya

Selain menggunakan lebihan makanan secara kreatif, cara penyimpanan yang betul juga penting kerana ia memastikan bahan tersebut kekal segar untuk hidangan seterusnya. Berikut adalah cara-cara untuk melakukannya dengan mudah: 

  • Simpan dengan segera: Letakkan lebihan makanan di dalam peti sejuk atau peti sejuk beku dalam masa dua jam selepas memasak untuk mengelakkan pertumbuhan bakteria.
  • Simpan dengan betul: Gunakan bekas kedap udara atau balutan plastik atau kerajang untuk memastikan ia segar.
  • Labelkan lebihan makanan: Sentiasa labelkan lebihan makanan anda dengan tarikh ia dimasak untuk menjejaki tempoh ia disimpan.
  • Panaskan semula lebihan makanan sepenuhnya: Panaskan semula lebihan makanan anda pada suhu 74°C untuk memastikan ia selamat untuk dimakan.
  • Gunakan dalam masa beberapa hari: Makan lebihan makanan dalam masa beberapa hari, atau bekukan jika anda ingin menyimpannya lebih lama.

Hanya dengan kreativiti dan cara penyimpanan yang betul, anda boleh menggunakan lebihan makanan untuk menjadi hidangan yang baharu! Bukan itu sahaka, anda dapat menjimatkan wang dan membantu mengurangkan sisa makanan sambil menikmati hidangan baharu yang lazat. Jadi, apabila anda melihat lebihan makanan di dalam peti sejuk anda, jangan buang dahulu – gunakannya untuk menghasilkan sesuati yang lazat!