Kebaikan Penggunaan Lada Dalam Masakan Anda

Petua Di Dapur

Kebaikan Penggunaan Lada Dalam Masakan Anda

Apakah bahan rempah yang sering dipasangkan dengan garam? Sudah tentu lada! Jika anda ingin menggunakan kedua-dua bahan ini ke dalam masakan anda, anda patut cuba AJI-SHIO®! Dihasil daripada campuran lada dan garam, anda boleh meningkatkan rasa masakan anda dengan mudah dengan hanya menggunakan satu produk.

Dalam dunia kulinari, lada merupakan bahan yang penting di dapur dan telah dinamakan sebagai “raja rempah”. Bahan ini diperolehi daripada buah tumbuhan Piper Nigrum, dan digunakan untuk menambah rasa yang kuat dan pedas dalam masakan.

Walau bagaimanapun, lada bukanlah sekadar jenis bahan rempah. Dalam blog ini, mari kita terokai kelebihan kesihatan lada dan resipi-resipi yang anda boleh cuba!

Petua Di Dapur

Kelebihan Kesihatan Lada

Di luar kegunaan masakannya, lada mempunyai pelbagai kebaikan kesihatan lalu sering digunakan dalam perubatan tradisional dan amalan kesihatan moden. Dalam bahagian ini, kami akan mendedahkan bagaimana lada boleh menjadi bahan yang berharga dalam meningkatkan kedua-dua rasa masakan anda dan kesejahteraan diri.

  1. Bantuan Pencernaan: Lada telah lama diiktiraf untuk faedah pencernaannya. Ia berkesan dalam mengurangkan masalah seperti kembung perut dan ketakcernaan. Penggunaan lada ke dalam makanan anda boleh menyumbang kepada pengalaman selepas makan yang lebih selesa.
  2. Penyerapan Nutrien: Piperine merupakan bahan aktif dalam lada hitam yang mempunyai keupayaan yang luar biasa untuk meningkatkan penyerapan nutrien penting. Apabila digunakan bersama bahan lain seperti kunyit, ia boleh meningkatkan penerimaan bahan-bahan seperti curcumin, dan pelbagai vitamin dan mineral.
  3. Sifat Anti-Radang dan Antioksidan: Lada mempunyai sifat anti-radang dan antioksidan yang boleh membantu mengurangkan risiko penyakit kronik dan memerangi tekanan oksidatif dalam badan. Pengambilan lada secara seimbang boleh menyumbang kepada kesihatan dan kesejahteraan yang lebih baik.
  4. Sifat Panas: Tambahan kepada daya tarikan masakannya, lada menawarkan kelegaan daripada masalah pernafasan seperti selsema, batuk dan kesesakan. Sifat panasnya boleh membantu mengurangkan ketidakselesaan dan menggalakkan kesihatan pernafasan terutamanya pada musim sejuk. 

AJI-SHIO® Buy & Win Pastilah Shiok!

Ingin tingkatkan kemahiran masakan anda sambil menikmati rasa lada yang lazat? Jika ya, kami ada berita menarik untuk anda! AJI-SHIO® ingin memperkenalkan peraduan “AJI-SHIO® Beli & Menang Pastilah Shiok!”

Kempen kami, “AJI-SHIO® Beli & Menang Pastilah Shiok!” ingin menggalakkan pengambilan protein yang sihat dan lazat melalui penggunaan produk AJI-SHIO® Lada Berperisa dan Lada Hitam Berperisa. Kami ingin buktikan melalui penggunaan AJI-SHIO®, anda boleh hasilkan makanan yang sihat tanpa kompromikan rasa lazat.

Jom ketahui lagi tentang peraduan kami! “AJI-SHIO® Beli & Menang Pastilah Shiok!” memberi anda peluang untuk memenangi beberapa hadiah menarik bernilai sehingga RM10,000 yang akan meningkatkan pengalaman masakan anda!

Petua Di Dapur

Kebaikan Penggunaan Lada Dalam Masakan Anda

Senang sahaja nak sertai! Anda hanya perlu:

  1. Beli produk AJI-SHIO® bernilai RM5 ke atas dalam satu resit pembelian.
  2. Ambil gambar resit sebagai bukti pembelian.
  3. Muat naik resit dan isikan informasi yang diperlukan ke dalam borang di laman web kami https://smartcooking.com.my/en/contest/aji-shio-buy-win-pastilah-shiok/ , ATAU muat naik melalui WhatsApp di +6010-255 2040

Jadi, jangan lepaskan peluang menarik ini untuk meningkatkan lagi pengalaman memasak anda dan menangi hadiah menarik! Sertai peraduan”AJI-SHIO® Buy & Win Pastilah Shiok!” hari ini, dan biarkan perisa AJI-SHIO® memberi inspirasi pada masakan anda. Semoga berjaya, dan semoga hidangan anda sentiasa Pastilah Shiok!

Resipi AJI-SHIO®

1. Ayam Popcorn

Bahan-bahan

400 g Isi dada ayam, dipotong kiub
1 paket Seri-Aji® Tepung Goreng Berempah Asli 150g
4 sudu besar Air sejuk
Secukupnya Minyak masak
5 taburan AJI-SHIO® Lada Berperisa

Cara menyediakan:

  1. Gaulkan satu sudu besar Seri-Aji® Tepung Goreng Berempah Asli 150g bersama 4 sudu besar air sejuk. Kacau rata dan gaulkan isi ayam bersama bancuhan. Perap ayam selama 30 minit.
  2. Masukkan lebihan Seri-Aji® Tepung Goreng Berempah Asli 150g kedalam bekas makanan berpenutup. Masukkan ayam yang telah diperap, tutup penutup bekas dan goncang supaya ayam bersalut rata.
  3. Panaskan minyak masak dan goreng ayam sehingga masak sepenuhnya dan garing.
  4. Taburkan AJI-SHIO® Lada Berperisa dan gaul rata.
  5. Sedia untuk dihidangkan.

2. Sup Cendawan Telur

Bahan-bahan

1½ sudu besar Minyak masak
2 ulas Bawang putih, dicincang halus
½ biji Bawang kuning, dipotong dadu kecil
225 g Cendawan tiram, dikoyak menjadi saiz kecil
1 liter Air
3 biji Telur
¾ sudu kecil AJI-SHIO® Lada Berperisa
1½ sudu kecil Garam

Cara Menyediakan

  1. Panaskan minyak, tumis bawang kuning dan bawang putih.
  2. Masukkan cendawan tiram dan tumis sehingga sedikit lembut.
  3. Kemudian masukkan air dan biarkan sehingga mendidih.
  4. Kecilkan api dan tuang telur perlahan-lahan ke dalam periuk, dan kacau sedikit.
  5. Perasakan dengan AJI-SHIO® Lada Berperisa dan garam. Sedia untuk dihidang.

3. Telur Dadar Berkeju

Bahan-bahan

6 biji Telur
1 sudu kecil AJI-SHIO® Lada Berperisa
45 g Mentega
½ biji Bawang besar, dipotong dadu
⅓ biji Tomato, dibuang biji dan dipotong dadu
⅓ biji Lada benggala merah, dipotong dadu
⅓ biji Lada benggala hijau, dipotong dadu
3 biji Cendawan shitake, dipotong dadu
2½ sudu besar Keju parmesan, diparut

Cara Menyediakan

  1. Pecahkan telur di dalam mangkuk, perasakan dengan AJI-SHIO® Lada Berperisa. Kacau sebati.
  2. Panaskan kuali leper, dan masukkan mentega.
  3. Tumiskan bawang, tomato, lada benggala dan cendawan shitake sehingga naik bau.
  4. Kecilkan api, masukkan campuran telur.
  5. Kacau sedikit untuk mendapatkan tekstur yang gebu. Biarkan sehingga sedikit garing.
  6. Taburkan keju parmesan dan lipatkan membentuk separa bulan. Biarkan ia masak.
  7. Sedia untuk dihidang.

Tidak dapat dinafikan bahawa lada memegang tempat yang istimewa sebagai “raja rempah” dalam dunia masakan. Peranannya dalam meningkatkan rasa pelabagai hidangan dan memberikan kebaikan kesihatan terus memikat selera kita serta melindungi kesejahteraan diri. Jadi, apabila anda menggunakan lada, ingatlah keajaiban masakan dan kesihatan yang ia beri ke masakan anda.