Reduce Salt Intake with AJI-NO-MOTO®

Health & Fitness

Reduce Salt Intake with AJI-NO-MOTO®

Garam merupakan salah satu bahan penting untuk memasak, kerana ia digunakan untuk menambahkan rasa masin pada hidangan untuk menghasilkan rasa yang seimbang. Namun, sama ada anda menikmati hidangan dengan rasa yang seimbang, ataupun anda hanya suka rasa masin; pengambilan sodium terlalu banyak boleh membawa kepada kesan kesihatan yang serius.

Dalam dunia yang serba pantas hari ini, mengekalkan diet seimbang adalah sangat penting. Satu aspek penting dalam diet yang sihat ialah mengurangkan pengambilan garam, kerana pengambilan yang berlebihan boleh membawa kepada pelbagai masalah kesihatan. Ajinomoto (M) Berhad memahami kepentingan isu ini lalu memperkenalkan konsep yang dikenali sebagai “Smart Salt.” Smart Salt ialah satu cara untuk mengurangkan pengambilan sodium (garam) sambil menggunakan AJI-NO-MOTO® untuk mengekalkan kelazatan hidangan sambil membawa kepada pemakanan yang lebih sihat!

Jadi, jom kita mendalami kepentingan mengurangkan pengambilan sodium, risiko yang berkaitan dengan pengambilan sodium yang berlebihan, dan bagaimana Smart Salt boleh membantu anda mengamalkan tabiat pemakanan yang lebih sihat.

Health & Fitness

Mengapa Kita Perlu Kurangkan Pengambilan Sodium?

Pengambilan sodium yang tinggi telah menjadi satu kebimbangan global kerana kesannya yang memudaratkan kesihatan kita. Penggunaan sodium yang berlebihan boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan, termasuk tekanan darah tinggi, penyakit jantung, dan strok. Kesan yang bahaya ini tidak mengenal umur dan boleh memberi kesan kepada sesiapa sahaja. Oleh itu, penting bagi setiap orang untuk mengambil berat tentang pengambilan sodium mereka.

Di Malaysia, purata pengambilan garam harian adalah 7.9 gram, iaitu bersamaan dalam 1.6 sudu kecil. Ini melebihi pengambilan garam harian yang disyorkan oleh World Health Organization (WHO) iaitu kurang daripada 5 gram, bersamaan dengan satu sudu kecil.

Jumlah sodium yang diperlukan bergantung pada usia, kerana usia yang berbeza memerlukan kuantiti sodium yang berbeza untuk badan berfungsi dengan baik. Berikut ialah pengambilan sodium yang disyorkan mengikut usia yang berbeza;

  • Saranan WHO: 1 sudu kecil dalam sehari 
  • Kanak-kanak berumur 1 – 13 tahun: kurang dari 1.8 gram
  • Kanak-kanak berumur 14 – 18 tahun: kurang dari 2.3 gram
  • Warga Emas: 1.5 gram dalam sehari

Ia amat membimbangkan apabila kajian mendapati 4 daripada 5 orang rakyat dewasa Malaysia mengambil sodium dengan kuantiti yang tinggi, dan kebanyakan rakyat Malaysia mengambil kira-kira 3 gram lebih banyak daripada pengambilan yang disyorkan oleh WHO. Setiap orang, tidak mengira usia, haruslah mengambil berat dalam pengurangan pengambilan sodium.

Cara Untuk Mengurangkan Pengambilan Sodium

Jadi, bagaimana sebenarnya kita boleh mengurangkan pengambilan sodium, sedangkan ia masih merupakan bahan penting dalam memasak dan nutrien untuk badan kita? Sudah tentu melalui Smart Salt! 

Bahan utama konsep Smart Salt ialah mengurangkan penggunaan garam dengan menggunakan AJI-NO-MOTO®! Berikut adalah bagaimana Smart Salt berfungsi dengan AJI-NO-MOTO®:

  1. Mengekalkan Kelazatan dengan Umami: AJI-NO-MOTO® meningkatkan rasa umami dalam hidangan anda, membolehkan anda mengurangkan jumlah garam sambil menikmati kelazatan yang sama. Umami dikenali sebagai “rasa kelima,” dan ia menambah rasa lazat yang semulajadi pada makanan anda.
  2. Kurangkan Sodium: AJI-NO-MOTO® mengandungi dua pertiga kurang sodium berbanding dengan garam biasa. Ini bermakna anda boleh mengurangkan pengambilan sodium sambil menikmati perisa yang anda gemari.
  3. Penggunaan Praktikal: Tiada formula yang tetap, namun anda boleh mengurangkan sodium dengan mudah melalui konsep Smart Salt. Sebagai contoh, jika resipi memerlukan satu sudu kecil garam, anda boleh menggunakan setengah sudu kecil garam bersama setengah sudu kecil AJI-NO-MOTO®. Ia adalah cara yang mudah tetapi berkesan untuk mengurangkan sodium tanpa menjejaskan rasa.

 

  1. Selamat dan Semulajadi: AJI-NO-MOTO® dihasilkan melalui proses penapaian menggunakan bahan semulajadi seperti tebu atau ubi kayu. Ia selamat dimakan dan sesuai untuk diambil oleh semua peringkat umur.

Resipi Smart Salt

1. Ayam Cili Merah Daun Kunyit (49% kurang sodium)

Bahan-bahan: Ayam Goreng

½ ekor  Ayam, dipotong
¼ sudu kecil AJI-NO-MOTO®
¾ sudu kecil Garam
1 sudu kecil Serbuk kunyit
Secukupnya Minyak masak

Bahan-bahan: Kuah

½ cawan Minyak masak
2 helai Daun kunyit, dibuang urat tengah dan dihiris nipis
½ sudu kecil AJI-NO-MOTO®
2 sudu kecil Garam
1 cawan Air

Bahan-bahan (A): Dikisar

20 batang  Cili merah, dipotong
3 biji Bawang merah
2 ulas  Bawang putih
1 inci  Halia
½ inci  Lengkuas
¼ cawan Air

Cara menyediakan: Ayam Goreng

  1. Gaul ayam bersama AJI-NO-MOTO®, garam dan serbuk kunyit.
  2. Panaskan minyak masak dan gorengkan ayam sehingga masak sepenuhnya. Angkat dan ketepikan.

Cara menyediakan: Kuah

  1. Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan (A). Tumis sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan air dan daun kunyit, gaul rata. Biarkan mereneh seketika dan kuah sedikit pekat, masukkan ayam dan gaul rata.
  3. Perasakan dengan AJI-NO-MOTO® dan garam, gaul rata.
  4. Sedia untuk dihidang.

2. Jejari Terung Rangup (34% kurang sodium)

Ingredients:

1 cawan Tepung gandum
½ sudu kecil  AJI-NO-MOTO®
½ sudu kecil Garam
½ sudu kecil Serbuk cili
¼ sudu kecil Serbuk ketumbar
¼ sudu kecil Serbuk jintan manis
¼ sudu kecil Serbuk jintan putih
2 batang Terung, dibuang kulit dan dipotong memanjang 5cm
2 biji Telur, dipukul
200 g  Serbuk roti
Secukupnya Minyak masak

Cara menyediakan:

  1. Gaul rata tepung gandum, serbuk cili, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih di dalam mangkuk.
  2. Perasa dengan AJI-NO-MOTO® dan garam. Gaul rata.
  3. Salutkan jejari terung bersama campuran tepung tadi. Kemudian celupkan didalam telur dan salut rata dengan serbuk roti.
  4. Panaskan minyak dan goreng jejari terung sehingga keperangan dan masak sepenuhnya.

3. Sup Sayur Campur (42% kurang sodium)

Bahan-bahan:

1 sudu besar Minyak masak
3 ulas Bawang putih
1 biji Bawang merah
½ inci Halia
1000 ml Air
100 g  Lobak merah, dipotong kasar
5 batang Jagung muda, dipotong serong
50 g Isi ayam, dipotong kiub
200 g  Sayur sawi
50 g Cendawan tiram, dicarik
½ sudu kecil AJI-NO-MOTO®
1 sudu kecil Garam
2 tangkai Daun sup
½ sudu besar Bawang goreng

Cara menyediakan:

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia sehingga kekuningan.
  2. Masukkan air, ayam, lobak merah dan jagung muda. Rebus sehingga lobak merah dan jagung muda empuk.
  3. Masukkan sayur sawi dan cendawan tiram, kacau sehingga ayam masak.
  4. Perasa dengan AJI-NO-MOTO® dan garam.
  5. Taburkan daun sup dan bawang goreng.
  6. Sedia untuk dihidang.

Sodium masih merupakan nutrien penting yang diperlukan untuk badan kita berfungsi dengan baik. Walau bagaimanapun, terlalu banyak sodium boleh mengganggu keseimbangan nutrien yang lain, dan boleh membawa kepada masalah kesihatan selanjutnya. Oleh itu, kami ingin mendidik anda tentang mengurangkan pengambilan sodium dengan AJI-NO-MOTO® dan bukannya menghentikan penggunaannya daripada diet anda secara sepenuhnya. Dengan AJI-NO-MOTO®, adalah boleh mengurangkan jumlah sodium yang digunakan dalam masakan anda dan terus menikmati rasa lazat makanan anda! Sertai kami dalam amalan Smart Salt, dan mari jadikan pemakanan yang lebih sihat untuk mencapai realiti yang boleh dinikmati oleh semua rakyat Malaysia.

Untuk mengetahui lebih lagi tentang Smart Salt, anda boleh layari laman web ini; https://smartcooking.com.my/ms/event/smart-salt-kurang-garam-umami-je