Adakah AJI-NO-MOTO(R) mesra vegetarian?

Health & Fitness

Adakah AJI-NO-MOTO(R) mesra vegetarian?

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, terdapat peralihan yang ketara ke arah pemakanan berasaskan tumbuhan, dan Malaysia telah muncul sebagai salah satu negara yang utama dalam trend global ini. Seiring dengan kedudukan Malaysia sebagai negara ke-3 paling mesra vegetarian di dunia (Oliver’s Travels, 2017), penerimaan terhadap gaya hidup vegetarian di Malaysia semakin meningkat. Lebih menarik lagi ialah gaya hidup vegetarian di Malaysia bukanlah terhad kepada penganut Buddha atau Hindu sahaja; ia merupakan pilihan pemakanan yang diterima oleh semua lapisan masyarakat yang ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat sambil menangani isu-isu mendesak berkaitan kesihatan, alam sekitar dan etika.

3 Sebab Untuk Menjadi Vegetarian

Ramai telah memilih vegetarianisme atas pelbagai sebab dengan motivasi yang unik. Berikut adalah beberapa faktor:

  1. Kesihatan: Ramai individu memilih diet vegetarian untuk meningkatkan kesihatan mereka. Kajian mencadangkan diet vegetarian yang seimbang boleh mengurangkan risiko penyakit kronik, menurunkan paras kolesterol, dan menyumbang kepada kesejahteraan diri.
  2. Kebimbangan Alam Sekitar: Industri daging merupakan salah satu penyumbang utama kepada pelepasan gas rumah hijau dan penebangan hutan. Pemilihan gaya hidup vegetarianisme dapat mengurangkan jejak karbon dan membantu memerangi perubahan iklim.
  3. Pertimbangan Etika: Bagi sesetengah orang, pemilihan diet vegetarian adalah cerminan kepercayaan etika mereka. Kebarangkalian mereka didorong oleh rasa bimbang atas kebajikan dan sifat ihsan terhadap haiwan.
Health & Fitness

AJI-NO-MOTO® dan Masakan Vegetarian

AJI-NO-MOTO® memainkan peranan penting dalam menjadikan masakan vegetarian lebih menarik. AJI-NO-MOTO® merupakan produk mesra vegetarian, jadi ia sesuai untuk digunakan untuk menambahkan rasa bagi mana-mana makanan berasaskan tumbuhan.

Berikut adalah 3 tip untuk menggunakan AJI-NO-MOTO® bagi menyerlahkan kelazatan sayur-sayuran:

  1. Meningkatkan Rasa: AJI-NO-MOTO® menambahkan rasa umami pada hidangan anda lalu meningkatkan profil rasa makanan secara keseluruhan. Taburkan AJI-NO-MOTO® pada tumisan sayur atau sup untuk menaikkan rasa.
  2. Mengimbangi Perisa: Kadangkala hidangan vegetarian memerlukan rasa yang lebih mendalam. AJI-NO-MOTO® dapat membantu mengimbangi rasa dan menjadikan hidangan anda lebih lazat dan memuaskan.
  3. Mengurangkan Natrium: Salah satu faedah menggunakan AJI-NO-MOTO® ialah ia membolehkan anda untuk mengurangkan penggunaan garam dalam masakan. Ini boleh memberi manfaat terutamanya bagi mereka yang ingin menjaga pengambilan sodium.

AJI-NO-MOTO® mengandungi ⅔ kurang sodium daripada garam biasa. Oleh itu, penggunaan AJI-NO-MOTO® membolehkan anda mengurangkan pengambilan sodium dengan mengurangkan sebahagian garam dalam masakan anda sambil mengekalkan kelazatan hidangan.

3 Makanan Vegetarian Yang Mudah

Berikut adalah 3 makanan mesra vegetarian yang anda boleh cuba sempena sambutan Deepavali yang akan datang;

1. Jejari Terung Rangup

Bahan-bahan

1 cawan Tepung gandum
1/2 sudu kecil AJI-NO-MOTO®
1/2 sudu kecil Garam
1/2 sudu kecil Serbuk cili
1/4 sudu kecil Serbuk ketumbar
1/4 sudu kecil Serbuk jintan manis
1/4 sudu kecil Serbuk jintan putih
2 batang Terung, dibuang kulit dan dipotong memanjang 5 cm
2 biji Telur, dipukul
200 g Serbuk roti
Secukupnya Minyak masak

Cara Penyediaan

1. Gaul rata tepung gandum, serbuk cili, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih di dalam mangkuk.
2. Perasa dengan AJI-NO-MOTO® dan garam. Gaul rata.
3. Salutkan jejari terung bersama campuran tepung tadi. Kemudian celupkan didalam telur dan salut rata dengan serbuk roti.
4. Panaskan minyak dan goreng jejari terung sehingga keperangan dan masak sepenuhnya.

2. Sambal Hijau (Sambal Padang)

Bahan-bahan

Secukupnya Minyak
Bahan-Bahan A: Dikukus
20 – 25 biji Cili hijau, dihiris
10 biji Cili padi hijau, dihiris
4 biji Bawang merah
2 ulas Bawang putih
2 biji Tomato hijau, dipotong empat
Bahan-Bahan B: Untuk Perasa
1/2 sudu kecil AJI-NO-MOTO®
1/2 sudu kecil Garam
1/2 sudu kecil Gula
1/2 sudu kecil Jus limau nipis

Cara Penyediaan

1. Kukus bahan-bahan (A) selama 5 minit, kemudian tumbuk secara kasar.
2. Panaskan minyak dan tumis sehingga wangi.
3. Perasakan dengan (B) dan biarkan masak seketika.
4. Sajikan bersama nasi dan lauk-pauk.

3. Sup Sayur Campur

Bahan-bahan:

1 sudu besar Minyak masak
3 ulas Bawang putih, dicincang
1 biji Bawang merah, dicincang
½ inci Halia, dihiris
1000 ml Air
100 g Lobak merah, dipotong kasar
5 batang Jagung muda, dipotong serong
50 g Isi ayam, dipotong kiub
200 g Sayur sawi
50 g Cendawan tiram, dicarik
½ sudu kecil AJI-NO-MOTO®
1 sudu kecil Garam
2 tangkai Daun sup
½ sudu besar Bawang goreng

Cara Penyediaan

1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia sehingga kekuningan.
2. Masukkan air, ayam, lobak merah dan jagung muda. Rebus sehingga lobak merah dan jagung muda empuk, dan ayam masak.
3. Masukkan sayur sawi dan cendawan tiram, kacau.
4. Perasa dengan AJI-NO-MOTO® dan garam.
5. Taburkan daun sup dan bawang goreng.
6. Sedia untuk dihidang.

Kesimpulannya, kebangkitan vegetarianisme di Malaysia bukanlah sekadar pilihan cara pemakanan; malah merupakan gerakan yang didorong oleh individu yang mementingkan kesihatan diri serta kesejahteraan alam sekitar dan kebajikan haiwan. AJI-NO-MOTO® telah mengambil tempat sebagai pembantu bagi mereka yang ingin menerokai dunia masakan vegetarian. Keupayaan AJI-NO-MOTO® untuk meningkatkan rasa hidangan vegetarian menjadikannya sebagai bahan penting dalam mana-mana dapur vegetarian.

Seperti yang boleh kita lihat, pilihan diet vegetarian adalah selaras dengan pelbagai faktor seperti kesihatan, alam sekitar dan etika. Dengan AJI-NO-MOTO®, anda boleh menerokai perjalanan vegetarian yang lazat dan memuaskan. Tidak kira sama ada anda merupakan seorang vegetarian yang tegar atau hanya ingin tahu tentang gaya hidup ini, anda boleh mengamalkan amalan diet baharu dengan AJI-NO-MOTO® dan membawa masakan vegetarian anda ke tahap yang baharu. Selamat memasak!