Peraduan CNY Ajinomoto x Le Creuset Buy & Win

Roaring Fortune Year of the Dragon – Buy & Win

Masih ada beberapa hari sahaja lagi untuk menyambut Tahun Baru Cina dan menikmati hidangan perayaan. Dengan warisannya yang kaya dengan simbolisme, perjumpaan keluarga dan jamuan yang lazat, Tahun Baru Cina merupakan perayaan yang istimewa bagi jutaan orang di seluruh dunia. Ia menandakan detik pembaharuan, pertemuan semula dan kegembiraan; masa ketika rumah bergema dengan gelak tawa, meja dilimpahi dengan hidangan mewah, dan hati dipenuhi dengan harapan untuk tahun hadapan.

Sebagai sebuah syarikat yang komited untuk menghormati tradisi budaya melalui makanan, kami berbesar hati untuk menyampaikan salam mesra dan menjemput anda untuk mengambil bahagian dalam kemeriahan sambutan ini. Ajinomoto (Malaysia) Berhad teruja untuk mengumumkan peraduan Tahun Baru Cina yang dinanti-nantikan, menjanjikan gabungan tradisi, perisa dan keseronokan yang menarik!

Petua Di Dapur

Peraduan CNY Ajinomoto x Le Creuset Buy & Win

Menyertai dalam peraduan CNY Ajinomoto x Le Creuset Buy & Win adalah semudah menikmati produk kegemaran Ajinomoto anda! Beli sahaja mana-mana produk Ajinomoto semasa tempoh peraduan dan simpan resit sebagai bukti pembelian dan anda mungkin salah seorang pemenang yang bertuah untuk memenangi hadiah bernilai RM38,888 termasuk peralatan dapur Le Creuset!

Begini caranya untuk sertai;

  1. Beli mana-mana produk Ajinomoto bernilai minimum RM15 dalam satu resit.
  2. Hantar gambar resit dan hantar butiran anda (Nama Penuh & Nombor I/C) melalui WhatsApp ke +6019-220 9950.
  3. Tunggu pengumuman pemenang. Semoga berjaya!

 

Imbas untuk sertai sekarang!

 

Sambut Bersama Produk Ajinomoto

Ajinomoto percaya bahawa rasa yang sedap dapat meningkatkan kegembiraan sambutan perayaan. Kepelbagaian produk kami menambah rasa pada hidangan Tahun Baru Cina, meningkatkan ciptaan masakan anda ke tahap yang lebih tinggi. Tak percaya? Jom cuba beberapa resipi bertuah kami!

1. Tauhu Sos Labu Makanan Laut

Bahan-bahan:

1 blok Tauhu himpit jepun, dipotong 2
1/2 cawan Tepung jagung
Secukupnya Minyak masak
75 g Kekapis kering, direndam didalam air panas dan dileraikan
175 g Labu, dikukus dan dikisar halus
1 cawan Air
100 g Udang, dikupas kulit, dibuang urat dan dibersihkan
1/8 sudu kecil AJI-NO-MOTO®
1/4 sudu kecil Garam

Arahan:

  1. Campurkan 1 sudu besar tepung jagung dengan 2 sudu besar air dan ketepikan untuk memekatkan sos kemudian.
  2. Salut nipis tauhu himpit jepun bersama baki tepung jagung.
  3. Panaskan minyak masak didalam kuali, susun tauhu di dalam kuali dan goreng setiap sisi tahu hingga keemasan dan masak sepenuhnya. Susun di atas pinggan hidangan dan ketepikan.
  4. Di dalam kuali yang lain, tambahkan 3 sudu besar minyak masak kemudian masukkan kekapis kering. Tumis hingga keperangan dan wangi.
  5. Masukkan labu kisar, air dan udang. Biarkan mendidih selama 20 minit.
  6. Perasakan dengan AJI-NO-MOTO® dan garam. Gaul rata.
  7. Masukkan campuran tepung jagung dan biarkan mendidih sehingga sos sedikit mememkat.
  8. Tuangkan sos labu ke atas tauhu yang digoreng.
  9. Sedia untuk dihidang.

2. Biskut Pistasio

Bahan-bahan:

1 packet Seri-Aji® Tepung Goreng Pisang 150g
100 g Ground pistachio
30 g Icing sugar
1/4 tsp Baking soda
75 ml Cooking oil

Hiasan:

15 g Bunga ros kering yang boleh dimakan, dihancur menjadi kepingan
25 g Kacang pistasio kisar
75 g Coklat putih, dicair

Arahan:

1. Panaskan ketuhar pada 170°C.
2. Satukan semua bahan bersama Seri-Aji® Tepung Goreng Pisang 150g kecuali minyak masak dalam mangkuk. Gaul sebati.
3. Masukkan minyak masak dan uli sehingga menjadi doh.
4. Cedok 1 sudu kecil doh dan bulatkan. Ratakan perlahan-lahan menggunakan garfu.
5. Bakar selama 8 minit pada suhu 170°C atau sehingga perang keemasan.
6. Celupkan ¼ hingga ½ bahagian biskut dengan coklat putih dan taburkan pistachio yang ditumbuk serta kelopak mawar kering yang boleh dimakan. Biarkan ia mengeras sebelum disimpan.
7. Sedia untuk dihidang.

*Resipi ini menghasilkan 45 biji biskut.

Untuk resipi yang lain, layari: https://smartcooking.com.my/en/contest/cny-ajinomoto-lecreuset/

Memandangkan musim perayaan semakin hampir, nikmati rasa yang kaya bersama Ajinomoto dan sertai kami dalam meraikan Tahun Baharu Cina dengan penuh gaya. Jangan lepaskan peluang ini untuk memenangi hadiah menarik dalam Peraduan Beli & Menang CNY Ajinomoto x Le Creuset! Sertai sekarang, terokai resipi baharu, dan jadikan Ajinomoto sebagai peneman anda dalam mencipta detik masakan yang tidak dapat dilupakan. Selamat Tahun Baru Cina daripada Ajinomoto!