4 Tip Memasak Untuk Meriahkan Aidilfitri

Petua Di Dapur
Terkini

4 Tip Memasak Untuk Meriahkan Aidilfitri

Memandangkan Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang tiba, pasti ramai tercari-cari tip untuk memasak juadah raya seperti rendang daging, kuah lodeh dan kuah kacang yang sentiasa menjadi juadah wajib di kala Hari Raya Aidilfitri menjelma. Di sini, terdapat 4 tip berguna untuk anda memasak juadah Hari Raya Aidilfitri yang pastinya akan menjadikan juadah raya anda lebih sempurna.

4 Raya Cooking Tips

1. Hiris Arah Lawan Urat Untuk Daging Rendang Yang Empuk

Apabila anda ingin memotong daging untuk masak rendang, pastikan anda potong mengikut arah lawan urat. Teknik ini akan memendekkan gentian otot, lalu menghasilkan daging yang empuk dan lembut yang pasti dapat memikat selera tetamu anda.

2.Gunakan Santan Segar Untuk Hidangan Tahan Lama

Untuk hidangan yang memerlukan santan seperti lontong atau rendang, pastikan anda sentiasa gunakan santan segar. Penggunaan santan segar bukan sahaja boleh meningkatkan rasa masakan, tetapi juga memastikan hidangan anda tahan lebih lama. Jadi, anda pun boleh terus menikmati hidangan Raya untuk hari-hari mendatang.

Pastikan permukaan peralatan yang anda gunakan untuk memasak dengan santan adalah bersih bagi mengelakkan kekotoran yang boleh menyebabkan pencemaran dan kerosakan makanan. Ini mungkin kelihatan ringkas dan kecil tetapi ia penting supaya anda selamat menikmati hidangan Raya kegemaran anda tanpa risau!

3.Kacau Kuah Lontong Untuk Elak Menjadi Berketul 

Semasa menyediakan lontong, pastikan anda kacau kuahnya dengan kerap untuk mengelakkan ia menjadi berketul. Hal ini kerana apabila santan dibiarkan pada api yang tinggi, ia boleh pecah dan membentuk ketulan kecil dalam hidangan. Pengacauan yang konsisten boleh menghasilkan kuah yang lembut dan tanpa ketulan. 

Kuah lontong juga hendaklah dimasak dengan menggunakan api yang perlahan hingga mereneh dan bukannya hingga mendidih.

4. Kupas Kulit Kacang Untuk Kuah Kacang

Apabila ingin menyediakan Kuah Kacang untuk dihidangkan bersama sate, kupaskan dahulu kulit dari kacang. Langkah ini mungkin nampak remeh tapi ia boleh bantu mengelakkan kuah rasa pahit sekiranya kacang terlebih masak, lalu memastikan kuah licin dan berperisa.

Untuk kupaskan kulit kacang dengan mudah, anda boleh membakar kacang di atas kuali tanpa minyak untuk seketika. Anda juga boleh membeli kacang yang telah sedia dikupas dari kedai.

Baru lah Raya!

Petua Di Dapur
Terkini

4 Tip Memasak Untuk Meriahkan Aidilfitri

Memandangkan anda pun sudah tahu tip memasak untuk Hari Raya Aidilfitri, apa kata anda pergi ke Smart Cooking untuk mencuba resipi-resipi terbaik untuk raya ni. Macam-macam resipi anda boleh cuba sambil-sambil menyertai peraduan “Baru Lah Raya!” dan anda berpeluang untuk menangi hadiah bernilai sehingga RM9,500!

Cara-cara untuk sertai:

1. Cuba mana-mana resipi Raya di link ini https://smartcooking.com.my/en/contest/ajinomotobarulahraya/

2. Tangkap gambar

3. Muat naik gambar dan tinggalkan ulasan pada resipi

Sekarang, anda sudah bersedia untuk memulakan persiapan Raya! Semasa Hari Raya Aidilfitri, detik-detik menyediakan dan berkongsi hidangan mempunyai makna yang istimewa dan melambangkan keakraban bersama orang yang tersayang. Berkumpul di meja makan adalah waktu untuk kita menikmati kelazatan hidangan perayaan serta kemesraan ikatan kekeluargaan. Jadi, mari kita sambut kegembiraan memasak dan semangat Raya, dan semoga dapur kita terus dipenuhi dengan gelak tawa, cinta, dan pengembaraan masakan. Selamat Hari Raya Aidilfitri, dari dapur kami ke dapur anda!