Seronok Di Dapur: 4 Resipi Air Fryer Yang Mudah Untuk Anak-Anak (Berserta Petua!)

Petua Di Dapur

Seronok Di Dapur: 4 Resipi Air Fryer Yang Mudah Untuk Anak-Anak (Berserta Petua!)

Selalunya, kita mesti larang anak-anak daripada bermain di dapur kerana persekitaran yang berbahaya. Ia sangat merisaukan apabila anak-anak berada dekat dengan minyak panas, api besar, air mendidih dan pisau tajam.

Kini, anda tidak perlu risau lagi dengan kewujudan air fryer! Perkakas yang efisien ini menggunakan udara panas untuk memasak makanan, menghasilkan hidangan yang rangup dan lazat yang lebih rendah lemak dan kalori berbanding dengan menggoreng dalam kuali. Dengan air fryer, kini anda mempunyai pilihan cara memasak yang lebih selamat dan berpeluang untuk meluangkan masa bersama anak kecil anda melalui aktiviti yang membenarkan mereka untuk memasak.

Anda boleh cuba beberapa resipi berikut yang menggunakan air fryer bersama anak-anak anda! Teruskan membaca untuk dapatkan beberapa petua bagi memasak dengan sempurna dan juga cara-cara penjagaan air fryer yang betul.

1. Ayam Kung Pao

Ingredients

  • 60 g Isi ayam, dipotong dadu 1 inci
  • ½ sudu besar Seri-Aji® Tepung Goreng Berempah (Asli)
  • ½ sudu kecil Minyak masak
  • 1 sudu besar Bawang merah, dipotong dadu
  • 1 sudu kecil Bawang putih cincang
  • 1-2 tangkai Cili kering, dipotong 1 inci
  • 2 sudu besar Kacang gajus bakar
  • ¼ sudu kecil Pemanis Pal Sweet®

Bahan-bahan A: sos

  • 1 sudu besar Sos cili api (Toban Djan)
  • ½ sudu kecil Tepung jagung, dicampur dengan ¼ cawan air

Cara Penyediaan:

  1. Salut ayam bersama Seri-Aji®.
  2. Gunakan air fryer untuk goreng ayam sehingga masak.
  3. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
  4. Masukkan bahan-bahan sos, cili kering dan kacang gajus.
  5. Kacau sehingga pekat, tutup api dan taburkan Pal Sweet®. Sedia untuk dihidang.

2. Isi Ayam Panggang

Bahan-bahan:

  • 1 sudu kecil Minyak zaitun
  • 1 sudu kecil Serbuk cili
  • ½ sudu kecil AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa
  • ¼ sudu kecil TUMIX® Perencah Pati Ayam
  • 150 g Isi dada ayam

Cara Penyediaan:

  1. Perap semua bahan dengan dada ayam selama 30 minit.
  2. Letakkan ayam di atas kertas baking.
  3. Masukkan dalam air fryer dan masak pada suhu 180˚C selama 15 – 20 minit.
  4. Hiris dan hidangkan panas.

3. Ayam Madu

Ingredients:

  • ½ Ayam, dibersih dan toskan
  • ½ sudu besar TUMIX® Perencah Pati Ayam
  • 1 sudu besar Serbuk Jintan Manis
  • 1 sudu besar Serbuk Jintan Putih
  • 1 sudu besar Serbuk Kunyit
  • 1 sudu besar Serbuk Cili
  • 3 sudu besar Minyak Masak
  • 3 sudu besar Madu

Cara Penyediaan:

  1. Perapkan ayam bersama kesemua bahan-bahan dan TUMIX® Perencah Pati Ayam (kecuali madu), selama 30 minit.
  2. Letakkan perapan ayam di atas dulang pembakar dan ketepikan./li>
  3. Panaskan ketuhar atau penggoreng udara pada suhu 170˚C.
  4. Panggang ayam selama 45 minit atau penggoreng udara selama 35-45 minit dan mungkin perlu memeriksa selepas 35 minit dan masak lagi sekiranya belum masak (bergantung pada prestasi penggoreng udara).
  5. Keluarkan ayam dari ketuhar dan sapu madu di atas ayam. Panggang lagi selama 5 minit.
  6. Sedia untuk dihidangkan.

Faedah Kesihatan & Kemudahan Air Fryer

Bagaimana air fryer menjadi pilihan memasak yang lebih sihat dan mudah;

Ia mengurangkan pengambilan minyak yang tidak sihat
Pelbagai komplikasi kesihatan seperti obesiti dan penyakit jantung seringkali dikaitkan dengan pengambilan makanan berminyak secara berlebihan. Air fryer dapat membantu anda untuk mengurangkan pengambilan makanan berminyak. Kebiasaannya, air fryer tidak memerlukan jumlah minyak yang banyak untuk memasak berbanding dengan menggoreng dalam kuali. Ini kerana teknologi air fryer memasak makanan anda dengan menggunakan udara yang panas.

Lebih selamat untuk digunakan
Memandangkan air fryer tidak memerlukan minyak untuk memasak, ia adalah pilihan yang lebih selamat berbanding dengan menggoreng dalam kuali kerana tiada risiko tersentuh atau tertumpah minyak yang mendidih. Ini menyediakan persekitaran yang lebih selamat untuk anda memasak bersama anak-anak anda.

Serba guna
Terdapat banyak resipi yang boleh dimasak dengan menggunakan air fryer! Sama ada menggoreng makanan sejuk beku, memanaskan lebihan makanan atau membakar pencuci mulut! Anda hanya perlu pastikan mod menggoreng ditetapkan dengan betul.

Petua Menggunakan Air Fryer

Terbalikkan makanan sekali-sekala. Ini untuk memastikan kedua-dua belah makanan anda digoreng secara rata dan rangup. Terutamanya apabila menggoreng bahan yang lebih besar atau tebal, seperti dada ayam atau isi ikan.

Perhatikan makanan anda semasa memasak. Ia sangat penting untuk perhatikan makanan anda sekali-sekala kerana air fryer memasak dengan kadar yang cepat. Anda boleh elakkan makanan daripada terlalu masak atau hangus dengan memastikan suhu dan masa menggoreng yang sesuai ditetapkan.

Gunakan sedikit minyak. Menambahkan sedikit minyak dapat membantu menghasilkan makanan yang lebih rangup dan kurang kering. Walaubagaimanapun, minyak yang terlebih banyak boleh menjadikan makanan terlalu berminyak dan tidak sihat, jadi gunakan minyak dengan jumlah yang sesuai (jika perlu).

Gunakan penyepit untuk mengeluarkan makanan dari air fryer. Sebaiknya, gunakan penyepit atau spatula untuk mengeluarkan makanan anda dari air fryer dengan selamat. Elakkan daripada tuang makanan terus keluar dari bakul air fryer, kerana ia boleh menyebabkan lebihan minyak mengalir keluar dan kulit anda boleh terlecur atau makanan anda menjadi berminyak.

Petua Penjagaan Air Fryer

Padamkan air fryer dan biarkan ia sejuk.

Sebelum mula mencuci, lebih baik untuk padamkan air fryer dan biarkan ia sejuk. Hal ini untuk pastikan air fryer dalam keadaan yang selamat untuk dikendalikan semasa pembersihan bagi mengelakkan kulit anda daripada terbakar atau terluka.

Cuci air fryer dengan betul.

Bagi mencuci bahagian bakul air fryer, anda boleh gunakan air suam bersama sabun dan span atau berus yang tidak terlalu kasar. Ini adalah untuk mengeluarkan sebarang sisa makanan atau minyak yang mungkin terkumpul semasa memasak, supaya ia tidak akan mencemari makanan yang seterusnya.

Mengelap bahagian luar air fryer.

Walaupun bahagian luar tidak boleh direndam dalam air, anda boleh membersihkannya dengan mengelap menggunakan kain yang sedikit lembap. Ini adalah untuk membersihkan air fryer daripada sisa makanan atau minyak yang mungkin terpercik semasa memasak.

Pastikan semua bahagian air fryer kering sebelum guna.

Selepas membersihkan air fryer, pastikan semua bahagian air fryer benar-benar kering sebelum menggunakannya. Kelembapan yang berlebihan boleh merosakkan perkakas tersebut.

Kesimpulannya, air fryer adalah alat yang terbaik untuk digunakan oleh anak-anak anda supaya mereka dapat menceburi aktiviti memasak dengan pelbagai resipi dalam keadaan yang lebih selamat. Selain itu, memasak menggunakan air fryer adalah cara terbaik untuk menikmati hidangan yang rangup dan lazat tanpa lemak dan kalori tambahan. Dengan mengikuti petua-petua ini, anda boleh memastikan makanan anda digoreng dengan sempurna. Ia juga penting untuk memastikan air fryer anda berfungsi dengan baik, supaya makanan anda sentiasa lazat dan sihat. Selamat mencuba!