Set Nasi Pudina Vegetarian
Bahan-bahan
Arahan
Kaedah untuk Nasi Pudina
Basuh dan rendam butir beras basmati dengan air sekitar 30 minit, buang airnya.
Kisar bawang putih, halia dan daun pudina sehingga menjadi pes.
Panaskan minyak sapi, tumis bawang besar, buah pelaga, kayu manis dan bunga cengkih sehingga bawang menjadi perang keemasan.
Masukkan rempah tumis, pes pudina, biji beras basmati, AJINOMOTO®, garam dan air ke dalam periuk nasi untuk dimasak bersama.
Kaedah untuk Kuah Bunga Kobis dan Lobak Merah
Tumbuk halia dan bawang putih menjadi pes.
Panaskan minyak, tumis bawang merah, kayu manis, daun kari dan pes halia-bawang putih hingga perang keemasan.
Masukkan tomato, teruskan masak selama 1 minit.
Masukkan serbuk kari dan garam masala, kacau rata.
Kemudian masukkan air dan biarkan mendidih selama 3 minit.
Perlahankan api dan masukkan bunga kobis, lobak merah dan kentang.
Reneh dalam api perlahan hingga kering sedikit, masukkan AJI-NO-MOTO® secukup rasa.
Kaedah untuk Salad Timun
Campurkan semua bahan dengan baik.
Sedia untuk dihidangkan.
Kaedah untuk Sup Tomato
Tumis bawang dalam minyak zaitun hingga naik bau.
Masukkan tomato dan stok sayur. Biarkan ia mendidih selama 2-3 minit.
Masukkan AJI-NO-MOTO® dan garam secukup rasa.
Boleh masukkan ketumbar cincang untuk hiasan.
Ulasan